Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Berguna, Mesin Pencetak Ini Mudah Dibawa Ke Mana-Mana

Penulis kami, Izwan Ramlan berpeluang mencuba salah sebuah mesin pencetak terbaharu Canon iaitu MAXIFY GX 6070.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 3:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Canon adalah satu jenama Jepun yang terkenal dengan pengeluaran peranti elektrik dan elektronik.

Jenamanya yang telah berdiri kukuh sejak 1937 ini kebiasaannya menghasilkan pelbagai jenis produk yang berkaitan percetakan dan seni visual seperti mesin pencetak dan kamera.

Penulis berpeluang mencuba salah sebuah mesin pencetak terbaharu mereka iaitu MAXIFY GX 6070.

Gambar: Laman web Canon Malaysia
Gambar: Laman web Canon Malaysia

Mesin pencetak model MAXIFY GX 6070 menyediakan fungsi asas iaitu untuk mencetak, mengimbas dan membuat salinan dokumen.

Untuk tujuan mengimbas dan menyalin dokumen, prosesnya mengambil masa yang agak singkat. Cuma lebih kurang 10 saat masa yang diambil untuk salinan siap dihasilkan menggunakan dakwat hitam pada satu permukaan kertas yang penuh. 

Manakala untuk bahagian cetakan berwarna pula ia bergantung kepada kepenuhan warna dan jenis kertas yang digunakan dan dianggarkan mengambil masa kurang dari 30 saat.

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Soal kemampuan cetaknya pula, model Canon MAXIFY GX 6070 ini mampu menghasilkan cetakan dakwat hitam putih sebanyak 9,000 keping kertas.

Manakala bagi cetakan berwarna pula ia boleh menghasilkan sebanyak 21,000 keping akan tetapi penggunaan dakwat bergantung pada kepenuhan maklumat warna yang tertera pada kertas. 

Kawasan simpanan kertas cetakan di bahagian bawah pula mempunyai ruang yang agak banyak untuk dipenuhi.

Di samping itu, peranti ini hanya boleh mencetak kertas untuk beberapa saiz sahaja. Saiz kertas maksimum yang boleh dicetak ialah saiz A4 sehinggalah paling kecil saiz petak (5 x 5) sahaja. 

Mesin pencetak ini mempunyai ukuran 399mm x 410mm dan ketinggian 254mm. Reka bentuknya lebih kompak dan tidak terlalu besar jika diletakkan di atas meja pejabat.

Tambahan pula, anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja kerana ia mudah alih terutama untuk urusan kerja yang memerlukan pencetakan segera jika berada di luar kawasan. 

Hasil cetakan menggunakan kertas 'glossy' Canon. Gambar: Izwan Ramlan
Hasil cetakan menggunakan kertas 'glossy' Canon. Gambar: Izwan Ramlan

Penulis sempat menguji mesin pencetak ini untuk melihat proses cetakan berwarna menggunakan kertas A4 dan kertas Glossy Canon bersaiz A4.

Mesin pencetak ini hanya menggunakan empat jenis warna dakwat iaitu warna kuning, merah, biru dan hitam. Kesemua dakwat tersebut adalah dakwat jenis pigmen yang berkualiti tinggi dan anti luntur.

Perbandingan hasil cetakan. Kiri - cetakan pada kertas A4 biasa, kanan - cetakan pada kertas 'glossy' Canon. Gambar: Izwan Ramlan
Perbandingan hasil cetakan. Kiri - cetakan pada kertas A4 biasa, kanan - cetakan pada kertas 'glossy' Canon. Gambar: Izwan Ramlan

Setiap elemen gambar yang berwarna dapat dicetak dengan halus dan hasilnya jelas dan mengagumkan.

Walau bagaimanapun, bila dilihat dengan lebih teliti, hasil gambar cetakan di atas kertas kilat menunjukkan sedikit garisan yang tidak ketara. Ini disebabkan kesan daripada komponen roda yang melalui permukaan atas kertas tersebut namun hasilnya tetap cantik dan menawan.

Perkara ini tidak berlaku pada kertas A4 biasa pula.

Gambar: Laman web Canon Malaysia
Gambar: Laman web Canon Malaysia

Sebuah lagi teknologi yang ada pada peranti ini adalah kebolehan ia disambungkan dengan telefon pintar melalui internet  untuk mengaktifkan pencetakan. 

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Canon PRINT inkjet/SELPHY dan pastikan internet berfungsi dengan baik. 

Pada masa yang sama, pastikan data internet telefon anda dihidupkan kerana sambungan WiFi pada internet akan terputus apabila disambungkan pada mesin pencetak ini. 

Di dalam aplikasi tersebut sudah tersedia pilihan saiz kertas dan jenis-jenis kertas yang anda mahu gunakan.

Jadi anda boleh terus mencetak dokumen langsung dari emel atau gambar-gambar di dalam galeri telefon bimbit walau di mana saja anda berada.

Gambar: Laman web Canon Malaysia
Gambar: Laman web Canon Malaysia

Anda juga boleh mengaktifkan mesin pencetak ini menerusi CD yang disediakan untuk sambungan melalui komputer. Pengguna disarankan membaca manual yang disediakan terlebih dahulu untuk memahami perkara teknikal dengan lebih lanjut.

Mesin pencetak MAXIFY GX 6070 ini mempunyai prestasi yang baik dengan harga RM2,199. Ciri-ciri mudah yang ada padanya membolehkan anda menggunakannya dengan pantas dan segera.

Selamat mencuba. - Getaran, 8 Januari 2022

Gambar: Canon Malaysia kecuali tertera

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Motosikal Elektrik Jadi 'Gerai' Mudah Alih

3

TARA 2 tahun yang lalu

Ada Yang Minta iPhone Dan Pelacur, Pengasas KitaJaga.co Nekad Banteras Jenayah Siber

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA