Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ada Yang Minta iPhone Dan Pelacur, Pengasas KitaJaga.co Nekad Banteras Jenayah Siber

Sepetang bersama Reza Razali, pengasas bersama KitaJaga.co selaku aplikasi kebajikan secara dalam talian yang mengambil inspirasi daripada gerakan bendera putih.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:59AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan ketidaktentuan politik dan ancaman COVID-19 yang membadai negara, rakyat Malaysia semakin hari semakin terhimpit. 

Ramai yang kehilangan kerja dan terputus mata pencarian bagi menyara diri dan keluarga.  

Ramai juga yang terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak upaya lagi untuk bertahan. Ada yang kehabisan makananan, ubat-ubatan dan juga barangan keperluan. 

Suasana yang semakin meruncing ini membuatkan ramai yang mengambil inisiatif sendiri, berganding bahu membantu sesama marhaen dengan menjalankan ‘Kempen Bendera Putih’ .

Kempen ini menyarankan supaya orang ramai yang berada dalam kesusahan untuk mengibarkan bendera putih di kediaman masing-masing, jika memerlukan bantuan makanan atau keperluan.

Namun, tidak semua ‘mampu’ mengibarkan bendera putih ini atas desakan sosial dan mahu menjaga aib keluarga. 

Mujurlah kita hidup di zaman teknologi, berkat usaha pengasas Terato Tech bersama pasukannya telah berjaya membangunkan sebuah aplikasi yang diberi nama KitaJaga.co

Aplikasi kebajikan dalam talian ini mendapat sambutan dan pujian yang sangat baik daripada warganet sehingga ia tular di semua media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Ia memudahkan pihak yang ingin memberi bantuan mengesan lokasi bendera putih dengan kadar segera, dalam masa sama memudahkan pihak yang dalam kesusahan menerima bantuan pantas.

Ikuti temubual eksklusif kami bersama Reza Razali - pengasas bersama KitaJaga.co - berbicara tentang perkembangan aplikasi ini dan pandangannya tentang #KitaJagaKita, seperti di bawah:

Encik Reza Razali, pengasas KitaJaga.co
Encik Reza Razali, pengasas KitaJaga.co

#1 Bagaimana tercetusnya membangunkan idea ini?

Idea untuk aplikasi KitaJaga.co ini bermula dengan perbincangan bersama rakan-rakan dan rakan niaga saya. Kami membangunkannya dalam masa hanya tiga hari sahaja. 

Kami berjaya menghasilkannya dalam versi Android dan IOS serta berjaya mencipta langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan ancaman scammer mutakhir ini. 

Tujuan utamanya adalah bagi membantu orang-orang yang dalam kesusahan di sekitar kita. Masyarakat Malaysia yang kini kian tersepit sepanjang wabak COVID-19 ini berlangsung. 

#2 Apakah perasaan anda terhadap sambutan yang menggalakkan ini?

Sebagai ahli teknologi, tentu sahaja kami gembira kerana berjaya membangunkan aplikasi yang boleh membantu permasalahan ini.

Kami mampu menggunakan teknologi ke arah kebaikan dalam membantu ribuan rakyat Malaysia yang memerlukan dan terkesan dengan wabak COVID-19 ini.

Tangkapan layar Instagram @naimdanielx
Tangkapan layar Instagram @naimdanielx

#3 Malangnya, aplikasi ini turut dicemari dengan beberapa panggilan bantuan palsu dan salah guna pengguna. Gurauan seperti memesan makanan untuk pelacur atau meminta iPhone turut menjadi tular di media sosial. Apa pendapat anda tentang ini?

Sepanjang tiga minggu lalu, kami telah mempertingkatkan keselamatan dan kestabilan aplikasi ini bagi menghapuskan sebarang cubaan panggilan bantuan palsu atau scammer. 

Kami komited dalam mengurangkan atau ‘menghapuskan’ terus jejak aktiviti jenayah siber tersebut di aplikasi ini. 

Terutamanya, dengan sokongan komuniti. Mereka banyak membantu kami secara langsung dalam melaporkan sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan di platform ini. 

#4 Pendapat anda tentang pengguna yang berniaga di aplikasi KitaJaga.co ini?

Pada hemat saya, saya tiada masalah dengan pengguna yang menggunakan platform ini untuk berniaga. Saya tahu mereka yang berniaga dalam KitaJaga.co ini juga berada dalam kesempitan.

Tidak semestinya kita melihat dia seperti orang berada, dia tidak dalam kesempitan. Pada saat ini, saya rasa semua orang sedang berada dalam kesusahan dalam pelbagai aspek. 

Selain mereka yang memerlukan dan memberi bantuan, ramai juga yang mampu berniaga untuk kelangsungan hidup di dalam KitaJaga.co ini.

Bagi saya, ia juga salah satu bentuk bantuan juga. Jika mereka ingin menjadikan platform ini untuk tujuan perniagaan, it’s okay.

Tangkapan layar Instagram @naimdanielx
Tangkapan layar Instagram @naimdanielx

#5 Langkah-langkah mencegah sebarang aktiviti-aktitivi tidak bermoral seperti pelacuran dan jual beli dadah yang mungkin berlaku di aplikasi ini?

Jika terdapat sebarang aktiviti yang meragukan atau jualan barangan terlarang seperti dadah atau sebagainya, ahli-ahli komuniti akan segera melaporkan dan ia akan dihapuskan serta merta.

Selain gurauan jahat tentang perkhidmatan pelacuran di peringkat awal KitaJaga.co, buat masa ini tiada lagi sebarang permasalahan moral dan jenayah seperti ini muncul di platform kami. 

Malah, sejak kebelakangan ini saya melihat perkembangan yang sangat positif berlaku di KitaJaga.co seperti lebih ramai masyarakat kita yang turun padang menghulurkan bantuan. 

Saya dan rakan-rakan berasa sangat gembira kerana mampu menyediakan satu platform untuk rakyat membantu rakyat. Kita jaga kita! 

Layari KitaJaga.co untuk memberi atau memohon bantuan serta mendapatkan maklumat lanjut. – Getaran, 31 Julai 2021

Semua gambar, kecuali tertera: Reza Razali

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok