Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hukum Kibar Bendera Putih, Boleh Atau Tidak?

Menjawab persoalan tentang hukum mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan menurut pandangan Islam.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 4:21PM

Gambar: fotobernama/ Rushdan Manan

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, heboh di mana-mana media sosial tentang satu kempen kebajikan yang dipanggil ‘Kempen Kibar Bendera Putih’ yang dijalankan oleh satu organisasi bukan kerajaan.

Kempen ini menyarankan supaya orang ramai yang berada dalam kesusahan untuk mengibarkan bendera putih di kediaman masing-masing jika memerlukan bantuan makanan atau keperluan.

Meski itu, terdapat banyak reaksi yang berlawan-lawanan antara satu sama lain. Di sisi kiri, ramai yang menyokong, di sisi kanan ramai pula yang menentang.

Tujuan asal kempen ini adalah sebagai satu ikhtiar untuk meminta bantuan kecemasan, namun ada juga yang berpandangan menaikkan bendera putih seperti mengaku kalah dan membuka aib.

Demikian, muncullah persoalan di kalangan masyarakat tentang kempen yang satu ini kerana ada juga yang menentang datang dari organisasi dan parti politik yang membawa imej Islam.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Haji Abdullah, meminta bantuan ketika kesusahan tidak dilarang di dalam Islam.

Bahkan digalakkan untuk mereka yang mampu dari segi harta mencari orang-orang yang susah dan fakir miskin.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Dr. Luqman menambah, ramai yang beranggapan orang ramai mampu bertahan ketika dalam kesusahan (sepanjang wabak ini), sedangkan mereka memilih untuk memendam perasaan.

Hal ini sangat bertepatan dengan firman Allah SWT:

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya”

Surah al-Baqarah (273)

 

Antara meminta-minta dan meminta kerana susah

Umum mengetahui perbuatan meminta-minta adalah perbuatan yang negatif. Namun perlu difahami perbuatan meminta-minta yang dilarang tersebut adalah bagi orang yang mampu serta cukup keperluannya, tetapi masih lagi meminta-minta daripada orang lain atau pihak kedua.

Dalam sebuah hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW telah bersabda:

 ‌من ‌سأل ‌وعنده ‌ما ‌يغنيه ‌فإنما ‌يستكثر ‌من ‌جمر ‌جهنم " قالوا يا رسول الله: وما يغنيه؟ قال: " ما يغديه أو يعشيه

Maksudnya: Sesiapa yang suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai kecukupan keperluan bagi dirinya maka dia sedang memperbanyakkan batu api neraka. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah dikira sebagai cukup keperluannya?” Baginda menjawab, “Sesuatu yang mencukupi bagi dirinya (untuk makan) pada waktu siang dan malam.

Riwayat Abu Daud (1629)

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, Dr. Luqman menjelaskan meminta bantuan sama ada dalam bentuk wang, makanan dan sebagainya adalah dibenarkan bagi mereka yang benar-benar dalam kesempitan.

Manakala hukum mengibarkan bendera putih sebagai cara meminta bantuan ketika kesusahan bergantung kepada perspektif kita melihat perkara tersebut.

Jika perbuatan itu atas dasar membantu mereka yang memerlukan dengan cara memudahkan dan memberi petanda kepada pihak yang ingin memberi membantu, maka boleh dilaksanakan.

Sebaliknya, jika kita melihat itu sebagai mengaibkan diri sendiri, maka wajar dielakkan.

Ia terserah kepada pertimbangan masing-masing melalui cara dalam bentuk yang bagaimana, yang dirasakan selesa. Misalnya, memohon kepada pejabat kebajikan atau pusat zakat terdekat.

Bagi yang ingin membantu, tanamkan keikhlasan dalam hati untuk membantu, manakala bagi yang memerlukan bantuan pula, bolehlah memohon bantuan mengikut kaedah yang selesa dengan cara masing-masing. – Getaran, 2 Julai 2021

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki