Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Video TikTok Tular Di Malaysia Sepanjang 2021

Imbas kembali lima video TikTok yang pernah mencuri perhatian dunia media sosial Malaysia pada 2021.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 9:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TikTok adalah sebuah aplikasi yang berasal dari China dan telah menggegar dunia media sosial sejak tahun 2017. Dalam tempoh beberapa tahun, kewujudannya telah merebak ke serata dunia dan telah mewujudkan pelbagai trend yang menjadi ikutan ramai.

Hari ini, kami ingin berkongsi lima video TikTok yang pernah mencuri perhatian dunia media sosial di Malaysia sehingga menjadi tular pada tahun 2021.

 

Cabaran Bad Romance (Bad Romance Challenge)

Challenge atau cabaran ini menjadi sohor kini di wadah TikTok sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.65 billion di seluruh dunia. Ia telah menjadi tular di Malaysia apabila dicetuskan oleh seorang individu yang menyahut cabaran ini.

Individu bernama Fitri Nadzam (@fitrinadman) ini memuat naik video Bad Romance Challenge dan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 4 juta serta jumlah pengikut sebanyak 248,000 di platform TikTok miliknya.

Faktor yang menjadikan video tersebut tular adalah kerana ia menampilkan ibu dan bapanya yang turut serta menyertai cabaran atau challenge tersebut.

Kelucuan mereka di dalam video yang menyanyikan lagu 'Bad Romance' menjadi hiburan buat ramai pengguna TikTok.

 

Cabaran Tukar Baju (Tukar Baju Challenge) 

Bagi cabaran yang dikenali sebagai ‘Tukar Baju Challenge’ pula, ia dicipta oleh seorang individu yang bekerja sebagai anggota polis.

Video yang dihasilkan menunjukkan gambar individu yang berpakaian baju biasa seperti orang awam dan kemudian bertukar baju memakai pakaian seragam polis.

Individu ini menyiarkan gambar santainya yang duduk di atas motosikal dan apabila ditukarkan gambar pekerjaan, terserlah seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Video yang dihasilkan oleh @apiitttt. _ ini menjadi ikutan ramai di platform TikTok dan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta serta mempunyai jumlah pengikut sebanyak 55,000.

Kemudian, individu lain yang bekerja memakai seragam seperti jururawat, tentera, pramugari dan lain-lain terus mengikuti trend tersebut.

 

Transisi Tukar Baju

Noor Suhaili atau lebih popular digelar Aunty Onion (@auntie248) telah membawa satu trend baharu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas dengan memuat naik video transisi peragaan beberapa baju yang bertukar dalam satu masa.

Menariknya, pakaian yang dipersembahkan menampilkan perubahan fesyen setiap dekad dari 1950-an hingga 2020.

Video tersebut kini mencapai jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta di akaun TikTok miliknya sendiri. Perhatian yang tinggi telah diberikan untuk meneliti bagaimana video tersebut dihasilkan.

Di atas permintaan penontonnya, Aunty Onion memuat naik satu lagi video tutorial yang menunjukkan teknik untuk menghasilkan video transisi tersebut.

Setelah video tersebut menjadi tular, akaun TikTok Aunty Onion telah meningkat sehingga 161,400 jumlah pengikut. 

 

Cikgu Garang 

Pada awal permulaan sekolah dibuka selepas sesi pembelajaran dalam talian, pelbagai kerenah warga sekolah menjadi perhatian.

Seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan, Herdiana Abdul Hamid (@dianjaunahcantikkaya) telah memuat naik satu video semasa sedang memeriksa nama untuk memberikan bungkusan makanan kepada anak muridnya.

Video tersebut menjadi ikutan ramai sehingga kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 20.6 juta. Guru tersebut juga tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga jumlah pengikut di akaun TikToknya kini meningkat sehingga 491,900.

 

Buka Kaca Mata

Gelagat Farisha (@versacevante) seorang remaja perempuan kelahiran Sabah yang juga seorang penstrim permainan dalam talian telah mendapat perhatian luar biasa di akaun TikTok miliknya.

Farisha yang juga duta pasukan 4Rivals telah memuat naik satu video semasa membuka kaca mata.

Dengan menggunakan loghat Sabah, videonya sambil membuka kaca mata bersama dialog, “Kalau saya pakai spek kan, nda ramai mengurat, sebab saya nampak macam noob, kalau saya buka, uinah kalau saya buka spec begini ba orang beratur!” telah mendapat sambutan yang menakjubkan.

Ia meraih seramai 566 800 pengikut di TikTok dan jumlah tontonan video tersebut menjadi tular sehingga diikuti ramai, terutamanya dalam kalangan wanita yang berkaca mata.

Kini video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 5 juta tontonan di akaun TikToknya.

Kita lihat apa pula trend yang bakal dicipta di media sosial tahun ini. Selamat tahun baharu! - Getaran, 1 Januari 2022

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

4

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini