web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bukan Tik Tok Atau Permainan Video, Lelaki Ini Pilih Serunai Ceriakan Hidup

Zulhelmizan Mustafa, lelaki berusia 26 tahun memilih bergelumang dengan kayu dan buluh bagi menghasilkan serunai ketika anak muda sebayanya sibuk bermain permainan video.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 3:39PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika anak muda memilih bermain permainan video atau melayari laman sosial sehingga berjam-jam lamanya dalam sehari, Zulhelmizan Mustafa, anak jati dari Pendang, Kedah memilih berada di dalam bengkel bersama kayu dan buluh bagi menghasilkan alat permainan tradisional masyarakat Melayu iaitu serunai. 

Sejak kecil, lelaki berusia 26 tahun ini sudah terbiasa mendengar dan bermain alatan muzik ini. Maklum sahajalah, sudah enam generasi keluarganya mewarisi seni pembuatan alat muzik tradisional seperti serunai, seruling dan gendang.

Dalam empat orang adik-beradiknya, ternyata bakat dan minat terhadap pembuatan alat muzik ini diwarisi Zulhelmizan.

“Ketika berusia 12 tahun, saya belajar bagaimana meniup serunai. Kemudian ketika saya berumur 20 tahun barulah saya belajar buat serunai yang sudah diwarisi selama enam generasi.

“Saya memilih untuk membuat serunai kerana ini sudah diwarisi keturunan. Selain itu, ini adalah alat yang sudah semakin pupus. Alatan muzik Malaysia kontemporari seperti gitar, biola atau piano sudah ramai yang hasilkan. 

“Jadi, untuk alat muzik tradisional ini biarlah saya yang buat. Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti melakukan kerja ini,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di Langkawi Craft Musical Fest 2021 baru-baru ini.

Dia bertuah kerana bahan-bahan untuk menghasilkan serunai boleh didapati di sekitar kampungnya. Dalam sehari, dengan kemahiran yang dimiliki, Zulhelmizan boleh menghasilkan satu hingga dua batang serunai.

Cuma bagi menentukan penala, ia akan memakan masa sehingga satu hingga dua bulan. 

“Kalau mahu bertukang seni serunai ini, kita memang perlukan kesabaran dan jangan pernah bosan. Sebab ia mementingkan ketelitian dan kehalusan. Jika momentum itu tidak konsisten, maka tak akan menjadi.

“Apa yang penting tentang serunai ialah ruang udara. Kalau penyanyi, mereka mengeluarkan suara dengan teknik tertentu. Begitu juga serunai, ia mengeluarkan suara melalui ruang udara dan kawalan pernafasan,” katanya. 

Pekerjaannya sebagai pembuat alatan muzik tradisional sebenarnya agak selesa. Menurutnya, permintaan terhadap pembuatan serunai selalu ada. Kebanyakkan pelanggannya memang daripada Kedah terutama di daerah Alor Setar. 

“Setakat hari ini rezeki saya sentiasa ada. Selalu ada tempahan datang dari Kedah sendiri seperti Alor Setar dan Pendang. Walaupun semasa COVID berlaku, permintaan berkurang 30 peratus namun saya masih dalam keadaan yang selesa.

“Bahkan di kampung pun kami adakan bengkel untuk pembuatan serunai,” ceritanya.

Menurutnya lagi, sangat istimewa jika kita cuba memahami serunai. Bayangkan bagaimana orang dahulu boleh menghasilkan bunyi yang indah tanpa mengetahui nama-nama kod tertentu.

Di sinilah terletaknya kesenian serunai. Ia tidak hanya bentuk atau kehalusan pembuatan malah nada dan irama yang dihasilkan turut memukau.

Ditanya adakah Zulhelmizan berasa terpinggir kerana tidak mengikuti cara hidup seperti kebanyakan anak muda pada hari ini. Lelaki itu tersenyum menandakan tidak sedikit pun menyesali pilihan hidupnya.

Bahkan Zulhelmizan berasa istimewa kerana bakat yang dimilikinya dapat menyelamatkan tradisi Melayu daripada tenggelam ditelan zaman. 

“Tidak kiralah bagaimana dunia ini berubah. Tapi jangan kita tinggalkan seni warisan keturunan kita. Kita adalah kebanggan kita. Kebanggaan bangsa kita,” katanya menutup perbualan. - Getaran, 26 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 4 tahun yang lalu

Rupanya Sompoton Pernah Jadi Alat Cari Jodoh Zaman Dulu!

2

Budaya 5 tahun yang lalu

Mengamati Keindahan Tradisional Wau

3

Gaya 5 tahun yang lalu

Koleksi Batik Atilia Untuk Gaya Hidup Harian

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini