Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Rupanya Sompoton Pernah Jadi Alat Cari Jodoh Zaman Dulu!

Rupanya sompoton yang merupakan alat muzik tradisional bagi etnik Kadazan Dusun Sabah ini ada cerita yang unik!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 3:10PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jodoh perlu dicari. Begitulah kata orang. Zaman kini, ada bermacam aplikasi yang digunakan untuk mencari calon pasangan.

Dari Facebook, TikTok sampailah ke Baituljannah semuanya hanya di hujung jari. 

Namun, ini ada cerita menarik yang dikongsikan George Albert mengenai alat muzik tradisional Sabah bernama sompoton ini. George sudah membuat sompoton sejak 1997.

Bentuknya sahaja sudah unik, iaitu labu yang dipadankan dengan buluh sumbiling. Sekali pandang sudah tahu bahawa cara membuatnya pasti rumit. 

Sompoton merupakan alat muzik tradisional bagi etnik Kadazan Dusun di Sabah. Ia merupakan alat muzik wajib di acara-acara keramaian seperti majlis perkahwinan dan pesta menuai. 

“Ada cerita lain juga tentang sompoton. Zaman dulu, ini dikira sebagai alat cari jodoh,” kata George memulakan perbualan sambil tangannya ralit memegang muncung labu. 

“Dahulu, adat pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat ketat. Tak boleh berjumpa kecuali kalau sudah menjadi suami dan isteri. Jadi, dengan alat inilah mereka mencari cinta.

“Jika ada seorang lelaki yang masih bujang berkenan dengan seorang perempuan, maka dia akan akan meniup irama tertentu menandakan hasrat hatinya.

“Jika pihak perempuan bersetuju, dia juga akan meniupkan irama lagu tanda setuju. Begitu juga sebaliknya,” sambungnya lagi. 

George mengakui, bakatnya membuat alat muzik tradisional ini bermula dengan hanya melihat atuknya yang mewarisi kemahiran sejak turun temurun.

George yang bekerja sepenuh masa menoreh getah dan mengusahakan sawah padi menjual sompoton sebagai kerja sampingannya. 

“Alat muzik ini jarang orang buat. Permintaan pun biasanya datang daripada tempat tertentu. Misalnya baru-baru ini Jabatan Pendidikan Sabah telah memperkenalkan alat ini kepada pelajar.

“Jadi, tempahan banyak saya dapat dari sekolah-sekolah,” ceritanya lagi ketika ditemui Getaran di Langkawi Craft Musical Fest 2021 baru-baru ini.

Kini, anaknya yang berumur 13 tahun juga mula berjinak-jinak untuk menghasilkan sompoton. Namun begitu, George mengakui bahawa menghasilkan sompoton sangat sukar dan ramai anak muda yang rela untuk menghabiskan banyak waktu untuk alat ini. 

“Kalau ikut proses yang biasa, kita akan memakan masa satu hingga dua minggu untuk menghasilkan alat ini. Namun begitu, elemen yang penting dalam pembuatan seni alat muzik ini ialah kepingan ‘polod’. Ada yang sudah pencen pun masih tidak berjaya menghasilkannya,” tambahnya lagi. 

Mujurlah bahan-bahan untuk menghasilkan sompoton juga tidak susah didapati di Kota Belud, tempat kelahiran George. Cuma, menghasilkan alat ini sangat memerlukan kelembutan dan kesabaran.

Setiap 'organ' yang diperlukan dalam alat ini amat rinci. Misalnya 'turiding' yang akan menentukan sama ada alat itu berfungsi atau tidak. Ia boleh diibaratkan sebagai spark plug bagi kereta.

Bagi menggunakan alat muzik ini, kita perlu meniup di hujung muncung labu. Kita juga harus menutup tiga lubang menggunakan jari.

Angin yang ditiupkan ini akan menghasilkan bunyi-bunyian merdu untuk hiburan sendiri. Biasanya alat ini akan dimainkan dalam keadaan duduk. 

Jika anda ingin melihat secara dekat mengenai alat ini. Anda boleh berbual terus dengan George Albert mengunjungi Kompleks Kraf Langkawi yang sedang berlangsung sehingga 19 Disember ini. - Getaran, 18 Disember 2021

Gambar: Syeda Imran

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Karier 8 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

2

Budaya 1 tahun yang lalu

Pembuat Colok Tradisional Tidak Menang Tangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Instamuzika Promosi Muzik Tradisional Di Festival Muzik ASEAN India 2022

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Generasi Ketiga Teruskan Legasi Selam Tiram Di Muar

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok