web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembuat Colok Tradisional Tidak Menang Tangan Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 3:00PM

Pemilik perniagaan colok, Ong Chye Chin tidak menang tangan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba hujung minggu ini, permintaan terhadap colok tradisional semakin meningkat sehingga membuatkan, Ong Chye Chin semakin tidak menang tangan.

Ong, 63, berkata dia banyak menerima tempahan menerusi panggilan telefon dan ada juga pelanggan yang datang secara fizikal ke kilang dan setakat ini tempahan diterimanya sudah mencecah lebih 2,000 batang colok.

Tempahan yang telah siap dibungkus menanti masa untuk dihantar kepada pelanggan. - Gambar Bernama
Tempahan yang telah siap dibungkus menanti masa untuk dihantar kepada pelanggan. - Gambar Bernama

“Pada musim perayaan ini, setiap hari kita telah menghantar kira-kira tiga lori mengandungi 70 batang colok pelbagai saiz dalam setiap lori,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kilangnya di Kubang Semang dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, dia mula membuat colok tradisional itu seawal 8 pagi hingga 6.30 petang bagi menyiapkan tempahan yang diterima dari Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Thailand.

Ong berkata tempahan untuk produk keluaranya meningkat lebih-lebih lagi dengan kedatangan tahun baharu dengan jualan meningkat kira-kira 10 peratus berbanding bulan lain.

“Semuanya bermula apabila datuk saya Ong Ah Kaw, yang membina kilang ini 62 tahun lalu. Saya mengambil alih perniagaan ini ketika berusia 22 tahun. Secara perlahan-lahan saya mula mengembangkan kemahiran membuat colok tradisional dan kini menggaji seramai kira-kira 12 pekerja,” katanya.

Katanya, dia memutuskan untuk mengekalkan kaedah tradisional membuat colok kerana kebanyakan pelanggannya lebih menggemari colok buatan tangan berbanding buatan mesin, sekali gus membolehkan perniagaannya bertahan sehingga kini.

Mereka pernah menggunakan habuk kayu untuk membuat colok menggunakan tangan sebelum ia diukir dan dicat. - Gambar Bernama
Mereka pernah menggunakan habuk kayu untuk membuat colok menggunakan tangan sebelum ia diukir dan dicat. - Gambar Bernama

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka pernah menggunakan habuk kayu untuk membuat colok menggunakan tangan sebelum ia diukir dan dicat.

Ong yang belajar membuat colok daripada neneknya ketika berusia 14 tahun berkata dia menjual kira-kira 50 jenis rekaan colok yang berharga antara RM18 hingga RM600.

“Proses penghasilan colok yang paling mencabar ialah melukis gambar naga pada lapisan luar terutama bentuk tiga dimensi yang kini semakin menjadi pilihan ramai.

"Saya gembira dapat mengekalkan perniagaan tradisional ini," tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Patuhi Arahan, CIQ Johor Bahru Dijangka Sesak Minggu Depan 

2

Karier 3 tahun yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tarian Singa Untuk Sesiapa Sahaja Yang Mempunyai Semangat, Bersedia Untuk Berlatih

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Anwar Umum Tol Percuma 20, 21 Jan Sempena Tahun Baru Cina

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa