web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tarian Singa Untuk Sesiapa Sahaja Yang Mempunyai Semangat, Bersedia Untuk Berlatih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 7:00AM

Albert telah berkecimpung dalam seni tarian singa selama lebih 30 tahun. - Gambar ihsan Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada umur persaraan bagi penghibur tarian singa selagi seseorang itu kekal meminati seni tersebut dan mampu mengekalkan rentak secara fizikal, kata veteran tarian singa, Albert Fong Kong Yip.

Pengasas bersama dan ketua pengajar Persatuan Tarian Naga dan Singa Khuan Loke itu berkata, keinginan untuk belajar dan ketekunan untuk berlatih adalah kualiti terpenting buat mana-mana individu yang ingin menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka.

Kong Yip, 47, telah berkecimpung dalam tarian singa selama 34 tahun, bermula pada usia 13 tahun.

“Saya mula menceburi tarian singa kerana bapa saya, Fong Tin Low ialah pengasas kumpulan ini.

“Kami mempunyai kira-kira 50 ahli tempatan dan 20 ahli antarabangsa,” katanya kepada The Vibes.

Walaupun tiada syarat umur minimum untuk menyertai kumpulannya atau had umur maksimum, Kong Yip memberitahu, penghibur tarian singa biasanya memulakan latihan mereka dari usia muda, dan majoriti ahli berusia antara 13 hingga 50 tahun.

Kekuatan fizikal amat penting dalam tarian singa. - Gambar ihsan Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke
Kekuatan fizikal amat penting dalam tarian singa. - Gambar ihsan Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke

“Kami berbesar hati untuk mengajar seni itu kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar sekolah tanpa mengira umur asalkan mereka sanggup belajar.

“Kelayakan paling penting dalam tarian singa adalah kuat secara fizikal dan bersemangat terhadap seni ini. Jadi, sesiapa yang memenuhinya amat dialu-alukan untuk menyertai rombongan kami,” katanya.

Kong Yip menambah, bukan mudah untuk mencari pengganti penari singa apabila seseorang meninggalkan kumpulan atau memutuskan untuk bersara.

Walaupun terdapat peranan yang berbeza dalam tarian singa, seperti pemain simbal, pemain dram dan penari, beliau menjelaskan, selalunya lebih sukar untuk mencari pengganti yang sesuai untuk penari kerana individu berkenaan memerlukan beberapa kemahiran akrobatik.

Tarian singa telah dibuka untuk melibatkan lebih ramai wanita dan penghibur bukan Cina, mencerminkan Malaysia yang berbilang kaum. - Gambar ihsan Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke
Tarian singa telah dibuka untuk melibatkan lebih ramai wanita dan penghibur bukan Cina, mencerminkan Malaysia yang berbilang kaum. - Gambar ihsan Persatuan Tarian Naga & Singa Khuan Loke

Perubahan lain yang disaksikan dalam seni tarian singa selama ini adalah peningkatan penyertaan penghibur wanita.

Apabila ia mula dibawa ke Malaysia melalui sekolah seni mempertahankan diri oleh pendatang Cina, tarian singa didominasi kaum lelaki, namun lama-kelamaan ia turut diminati golongan wanita.

Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum turut memperlihatkan penyertaan masyarakat bukan Cina sebagai penghibur dalam kumpulan tarian singa.

Meskipun tarian singa paling menyerlah semasa Tahun Baharu Cina, Kong Yip berkata, kumpulannya juga sibuk pada masa lain kerana dijemput untuk membuat persembahan di majlis pindah rumah dan pelancaran syarikat.

Persembahan tarian singa di rumah atau premis perniagaan dilakukan kerana ia membawa kepercayaan bahawa tarian itu akan menakutkan roh jahat dan membawa tuah. - The Vibes, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Comel Sangat Tarian Singa Ni

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alahai Kasihan, Harap Tak Serius

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wow, Ini Sudah Macam Jet Li!

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Minat Dorong Nur Fareesha, Anna Shakira Sertai Kumpulan Gendang 24 Musim

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

Memilih untuk bertanding sendirian dalam landskap politik yang sama berisiko memberikan isyarat bercelaru kepada pengundi; kerjasama dalam kerajaan, tetapi bers...

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad