web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Minat Dorong Nur Fareesha, Anna Shakira Sertai Kumpulan Gendang 24 Musim

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 8:11AM

Nur Fareesha Shasmyn Mohd Fuad dan Anna Shakira giat berlatih memukul Gendang Cina atau Gendang 24 Musim bagi mengiringi tarian singa untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Hidup dalam masyarakat majmuk di negara ini membolehkan penduduk Malaysia mempelajari budaya dan adat pelbagai kaum apatah lagi jika tiba hari perayaan.

Menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut 10 Februari ini, dua pelajar Nur Fareesha Shasmyn Mohd Fuad, 14, dan Anna Shakira, 10, giat berlatih memukul Gendang 24 Musim bagi mengiringi tarian singa untuk memeriahkan perayaan berkenaan.

Nur Fareesha Shasmyn yang juga anggota Kumpulan Gendang 24 Musim, Persatuan Sukan dan Kebudayaan Ma Ching Ipoh berkata, dia hanya mengambil masa seminggu untuk mahir dan tidak mengalami masalah biarpun memerlukan tenaga yang kuat untuk memukul gendang itu.

"Walaupun agak letih, saya sangat puas setiap kali memukul gendang ini.

"Saya memang mahu menyertai Kumpulan Gendang 24 Musim sehingga saya tamat Tingkatan Lima kerana ia amat menyeronokkan," katanya yang berasal dari Gunung Lang di sini.

Anak bongsu daripada dua beradik itu pernah memasuki beberapa pertandingan memukul gendang secara berkumpulan di sekitar Perak dan meraih tempat kedua serta ketiga dalam pertandingan disertainya.

Anna Shakira yang juga anggota kumpulan sama berkata, keluarganya memberi dorongan apabila dia memaklumkan mahu menyertai Kumpulan Gendang 24 Musim itu pada November lalu.

"Apabila saya melihat rakan-rakan memukul gendang itu, timbul minat mahu mencuba. Saya memang seronok setiap kali memukul gendang," katanya yang juga anak tunggal.

Berasal dari Jelapang, di sini, Anna Shakira berkata, dia hanya mengambil masa sebulan untuk mahir sepenuhnya memukul gendang itu.

Sementara itu, Kumpulan Gendang 24 Musim, Persatuan Sukan dan Kebudayaan Ma Ching Ipoh disertai 138 pelajar berusia 10 hingga 13 tahun yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kesemuanya adalah pelajar perempuan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent, di Jalan Chung Thye Phin di sini.

Jurulatih yang juga pengerusi persatuan berkenaan, Sarkunan Kong Wei Yew, 23, berkata, dua pelajar Melayu dan seorang pelajar India daripada kedua-dua sekolah berkenaan menunjukkan minat dan kebolehan memukul gendang itu.

Menurut Kong, beliau tidak menghadapi kesukaran mengajar ketiga-tiga pelajar itu, sekali gus membuktikan Gendang 24 Musim itu tidak hanya terhad dimainkan oleh satu kaum sahaja.

"Tidak susah sebenarnya melatih mereka, cuma tenaga pelajar perempuan tidak sama seperti lelaki yang lebih kuat memukul gendang. Setiap peserta cepat menghafal rentak irama gendang yang diajar dan mereka menjalani latihan selama dua jam setiap Sabtu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Comel Sangat Tarian Singa Ni

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alahai Kasihan, Harap Tak Serius

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wow, Ini Sudah Macam Jet Li!

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tarian Singa Untuk Sesiapa Sahaja Yang Mempunyai Semangat, Bersedia Untuk Berlatih

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh