Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


8 Jenama Susu Pilihan Ibu-Ibu Asia Tenggara

Para ibu di rantau ASEAN menyenaraikan lapan jenama susu formula yang menjadi pilihan mereka dalam laporan Suara Pengguna oleh theAsianparent.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 9:08AM

Gambar: Rainier Ridao, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

theAsianparent (TAP), portal komuniti keibubapaan terbesar di Asia Tenggara telah menjalankan kajian 'Suara Pengguna: Edisi Susu Formula' bagi mengenalpasti jenama-jenama susu formula pilihan ibu bapa di lima negara ASEAN, termasuk Malaysia. 

Laporan ini memberikan gambaran jelas tentang jenama, kedudukan dan pesaing mereka menurut pandangan pengguna sendiri merangkumi pasaran Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. 

Lebih 5000 ibu diminta untuk menilai jenama susu formula yang telah digunakan dalam tempoh tiga bulan lalu berdasarkan tujuh parameter iaitu ‘Memenuhi Keperluan’, ‘Kepercayaan’, ‘Cinta Jenama’, ‘Keunikan’, ‘Nilai Mata Wang’, ‘Kepuasan’ dan ‘Kemungkinan Untuk Mengesyorkan’. 

Gambar: Singkham, Pexels
Gambar: Singkham, Pexels

Kebanyakan jenama hampir mencecah purata industri dan menunjukkan daya saing yang tinggi dalam kategori. Jenama-jenama yang muncul di peringkat teratas adalah seperti:

#Malaysia – PediaSure, Enfagrow dan Karihome

#Singapura – Aptamil dan Dugro

#Filipina – Enfamil 

#Thailand – Dumex dan Enfagrow

#Indonesia – S-26 dan Pediasure

'Suara Pengguna: Edisi Susu Formula' memperlihatkan skor menurun apabila ia menyentuh tentang ‘Keunikan’ di seluruh pasaran.

Ketua Wawasan Serantau TAP, Malena Gong mengulas, “Ini adalah penemuan menarik dan kami gembira untuk berkongsi dengan semua jenama. 

“Memandangkan kami mempunyai komuniti terbesar, keupayaan teknologi dan keinginan untuk merapatkan jurang antara ibu dan pemasar adalah apa yang ingin dan mampu TAP lakukan. 

“Peluang yang boleh digunakan oleh jenama-jenama ini untuk memenangi hati para ibu, sebenarnya datang terus daripada ibu,” jelasnya.

Gambar: Sarah Chai, Pexels
Gambar: Sarah Chai, Pexels

 

Memahami gelagat membeli susu formula di kalangan ibu Malaysia

Laporan ini turut menyentuh tentang gelagat pengguna utama iaitu para ibu dengan mengenal pasti ‘Corak Pembelian, ‘Sumber Kesedaran’ dan ‘Pengaruh Persekitaran’. 

Bahagian ‘Corak Pembelian’ melihat kepada kekerapan membeli-belah, bilangan pek dan saiz serta saluran pembelian dalam dan luar talian yang paling digemari para ibu. 

35% ibu di Malaysia membeli sekurang-kurangnya sekali sebulan dengan purata empat pek susu sebulan berbanding ibu-ibu di negara ASEAN yang lain. 

Hampir separuh ibu Malaysia juga lebih gemar membeli susu formula dalam pek bersaiz besar (700g-1000g) dan diikuti pek sederhana (300g-699g). 

85% ibu Malaysia masih memilih untuk membeli secara fizikal dan memilih untuk membeli-belah di pasar raya berbanding kedai runcit, serbaneka, pasar mini atau farmasi.

Mereka yang memilih untuk membeli dalam talian pula memilih Shopee sebagai platform e-dagang pilihan iaitu sebanyak 82% selaku peratusan tertinggi di Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, “Ini semua berkait rapat dengan perbualan,” tambah Gong.

“Pemasaran mulut ke mulut tidak hanya menjana desas-desus semasa kempen, malah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kepercayaan jenama.

“Ibu-ibu pertama kali mendapatkan nasihat tentang produk yang benar-benar sesuai dengan keperluan mereka. Seterusnya membuat pilihan terbaik untuk keluarga mereka. 

“Perbualan ini berlaku dalam talian, dalam komuniti ibu bapa yang lebih besar. Bertukar cerita, petua dan ulasan tanpa ditapis. Ia ruang yang memerlukan pendengaran,” akhiri Gong. 

Gambar: Kaushal Mishra, Unsplash
Gambar: Kaushal Mishra, Unsplash

Layarilah theAsianparent untuk maklumat lanjut. - Getaran, 12 Disember 2021

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Lokasi HSA 2 Diketahui Dua Tiga Bulan Lagi

2

TARA 1 tahun yang lalu

Puma Lancarkan Koleksi Baru Raya Buat Julung Kali Di Asia Tenggara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Indonesia Digesa Siasat Dalang Serangan Bom Disasarkan Kepada Wartawan JUBI

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Tular Di Asia Tenggara, Drama Cinta 'Melur Untuk Firdaus' Raih 11 Juta Penonton

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini