web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lokasi HSA 2 Diketahui Dua Tiga Bulan Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 6:34PM

Dr Zaliha menerima replika kunci daripada Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (sektor Bangunan) Ir Badioezaman Abd Khalik sebagai gimik penyerahan Projek Makmal Patologi HSA Johor Bahru, Klinik Kesihatan Taman Ungku Tun Aminah Johor Bahru dan Klinik Kesihatan Palong Timur, Segamat di HSA hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Hasil perbincangan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung cadangan lokasi pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) dijangka diketahui dalam dua atau tiga bulan lagi.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perbincangan dua kementerian itu berjalan lancar dan MINDEF turut mengambil maklum kepentingan dan keperluan pembinaan HSA 2 itu.

"Kita akan teruskan perbincangan, mungkin kita akan lihat dalam dua tiga bulan lagi dan jika selesai (perbincangan), kita tidak ada masalah (untuk bina HSA 2)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan fasiliti kesihatan Johor di HSA, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan perbincangan dengan MINDEF berhubung tanah milik MINDEF di kawasan Skudai yang dicadangkan untuk pembinaan HSA 2.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Johor Ling Tian Soon.

Selain itu, Dr Zaliha berkata pihaknya akan memperhalusi cadangan membenarkan susu formula untuk pesakit kanser dibeli di hospital dengan harga lebih murah berbanding di pasaran.

"Kita kena tengok dahulu maklumat lanjut tentang susu apa, sesuai atau tidak sesuai untuk pesakit kanser dan sebagainya dan kalau perlu dan kalau ada kepentingan kepada pesakit kita akan perhalusi," katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata akan berbincang dengan Menteri Kesihatan supaya pesakit dibenarkan membeli susu formula untuk pesakit kanser di hospital dengan harga lebih rendah. 

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook merakamkan ucapan terima kasih kepada KKM dan Dr Zaliha kerana mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri mengenai isu-isu kesihatan di Johor. 

"Kerajaan negeri turut mengucapkan tahniah dan terima kasih KKM di atas penyerahan Klinik Kesihatan (Jenis 5) dengan kuarters Palong Timur; pembinaan bangunan baharu Makmal Patologi HSA dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan kuarters Taman Ungku Tun Aminah yang telah pun siap dan akan beroperasi tidak lama lagi, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM73.5 juta," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad