Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


15 Lagu Rakaman Semula Malaysia Terbaik Pilihan Getaran 

Editor Gaya Hidup dan Hiburan Getaran menyenaraikan beberapa lagu Bahasa Malaysia popular yang telah dirakamkan semula oleh vokalis-vokalis terkenal serantau.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 12:34PM

Gambar: Fail dan Instagram @yuna, @lizahanim79

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Remake merupakan satu terma bahasa Inggeris yang kerap digunakan dalam industri muzik. Ia merujuk kepada lagu-lagu yang dirakam semula dan diberi nafas baharu oleh penyanyi kontemporari.

Biasanya lagu-lagu ini diinterpretasi dengan cara yang dianggap lebih moden atau dalam genre yang lain daripada versi asal.

Industri muzik Malaysia yang sememangnya kaya dengan aneka lagu telah menyaksikan banyak lagu remake atau rakaman semula sejak tahun 70-an lagi.

Minggu ini editor gaya hidup dan hiburan Getaran menyenaraikan 15 lagu rakaman semula Bahasa Malaysia terbaik pilihannya. Kami yakin ada yang anda tahu dan mungkin ada juga yang anda baru kenali.

'Belaian Jiwa' - Innuendo (Nyanyian asal Kumpulan Carefree)

Lagu asal nyanyian kumpulan Carefree ini barangkali salah satu lagu remake paling popular di Malaysia. Sejak dirakamkan semula oleh kumpulan R&B terulung negara, Innuendo pada pertengahan 90-an dalam album pertama mereka, lagu ini menjadi kegemaran ramai orang dan mendapat putaran radio sangat tinggi di semua stesen radio sehingga kini.

Dicipta dan ditulis oleh Md Noordin Wan Chik dan Simon Justin Leo, lagu ini pasti akan bertahan untuk dekad-dekad mendatang.

'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' - Liza Hanim ( Nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee)    

 

Tan Sri P. Ramlee sememangnya seniman teragung Malaysia dan biarpun sudah lama tiada, karya peninggalannya tetap diingati hingga kini. Lagunya berjudul 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' yang dipetik dari filem Ibu Mertuaku ini sudah kerap dinyanyikan oleh ramai orang, namun belum ada rakaman semula sehebat versi yang dirakamkan oleh vokalis luar biasa Liza Hanim dalam album keduanya pada penghujung tahun 90-an.

Lagu ini ditampilkan dalam album studio kedua Liza dengan judul yang sama dan memberi penghormatan kepada Tan Sri P. Ramlee serta Puan Sri Saloma. Terdapat banyak lagu hebat dalam album tersebut namun yang ini merupakan yang terbaik.

 

'Hanya Sekali' - Feminin (Nyanyian asal Ideal Sisters)

 

Semasa lagu ini dipopularkan lewat album ketiga kumpulan nyanyian wanita tersohor negara, Feminin, ramai yang tidak tahu bahawa lagu ini sebenarnya merupakan lagu asal nyanyian Ideal Sisters, sebuah kumpulan vokal yang terkenal pada hujung tahun 70-an hingga pertengahan 80-an.

Malah, lagu ini adalah ciptaan pemuzik hebat, M. Nasir dan salah seorang ahli kumpulan Ideal Sisters, Junainah Johari adalah isterinya yang terdahulu. Berkat sentuhan hebat kumpulan KRU, rakaman semula lagu ini oleh kumpulan Feminin menampilkan irama yang lebih moden dan masih menyenangkan saat didengari.

'Sejati' - Hazami (Nyanyian asal Kumpulan Wings)

 

Tidak salah untuk saya katakana bahawa 'Sejati' adalah balada rock paling popular yang dihasilkan oleh Kumpulan Wings. Sebuah lagi karya penuh nukilan M.Nasir, lagu ini juga termasuk sebagai salah satu balada rock paling dikenali di Malaysia.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa lagu ini pernah dirakamkan semula oleh penyanyi R&B Hazami dalam album keduanya pada awal era 2000 dulu. Biarpun versinya berbeza namun penyampaiannya tetap mengagumkan berkat suara Hazami yang luar biasa.

'Suratan atau Kebetulan' - Pre-Melodic (Nyanyian asal kumpulan Kenny Remy Martin)

 

Sebuah lagi balada popular pada awal tahun 80-an yang masih diingati hingga kini. Lagu ini juga pernah dijadikan lagu tema untuk drama alih suara dari Filipina berjudul Angelito pada era yang sama.

Ia kemudian dirakamkan semula oleh vokalis dari Sarawak, Camelia dengan versi R&B dalam albumnya yang ketiga dan kemudian diikuti oleh versi rock alternatif ini oleh kumpulan Pre-Melodic.

Sungguhpun versi asalnya memang tidak terganti berkat gubahan muzik indah dan lirik yang sangat mendalam selain selingan gitar solo yang tidak mungkin dilupakan, namun remake moden ini ada kelebihannya tersendiri.

'Sepi Sekuntum Mawar Merah' - V. E. (Nyanyian asal Ella)

 

Ella merupakan Ratu Rock Malaysia yang masih belum ada pengganti. Sebegitu besarnya nama beliau sehingga syarikat rakaman EMI pernah menerbitkan sebuah album yang ditujukan khas buat dirinya. Ia menampilkan lagu-lagu terbaiknya yang dirakamkan semula oleh artis-artis kontemporari sekitar awal 2000-an.

Dan, dalam senarai itu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' nyanyian semula kumpulan VE boleh dianggap interpretasi yang menakjubkan. Dengan irama yang tersusun indah serta lirik yang menusuk kalbu, rakaman semula versi R&B ini sememangnya layak memasuki senarai saya ini. 

'Gelora Jiwa' - Yuna (Nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee)

 

Sebuah lagi karya seniman agung P. Ramlee yang diberi nafas baharu. Barangkali ada yang tidak sedar bahawa versi ranggi yang dibawa penyanyi Malaysia yang mencipta nama di persada antarabangsa , Yuna ini sebenarnya merupakan salah satu lagu P. Ramlee.

Berkat susunan muzik yang lebih rancak dan vokal unik Yuna, remake ini menjadi begitu popular dan masih dimainkan di corong-corong radio tempatan. Malah ia kedengaran seperti lagu asal Yuna sendiri gara-gara iramanya yang sangat sinonim dengan identiti muzik Yuna. 

'Perpisahan Terasing' - KRU (Nyanyian asal Sudirman dengan judul Terasing)

 

Adik-beradik kumpulan KRU tidak pernah menghampakan dalam menggubah dan menyusun semula lagu. Salah satu bukti kukuh termaktub dalam karya ini.

Nyanyian asal Sudirman Haji Arshad, 'Terasing' yang dicipta oleh Manan Ngah berserta lirik oleh penulis lirik tersohor negara Habsah Hassan mendapat sentuhan yang sangat segar lewat versi R&B KRU ini dengan judul 'Perpisahan Terasing'. 

'Kau Pergi Jua' - Dayang Nurfaizah (Nyanyian asal Adam Ahmad)

 

Ratu R&B negara Dayang Nurfaziah memang terkenal dengan banyak lagu rakaman semula, namun 'Kau Pergi Jua' dendangan asal Adam Ahmad merupakan salah satu remake terawalnya yang dirakam secara solo. Dayang memberikan versi R&B yang mantap berkat sulaman vokalnya yang tidak terganti.

Biarpun karya asli pasti disanjung tinggi, namun kami yakin peminat Adam Ahmad tidak akan kecewa dengan versi ini.  

'Rindu Bayangan' - Syafinaz Selamat (Nyanyian asal Carefree)

 

Sebuah lagi karya yang dianggap salah satu permata industri muzik Melayu. 'Rindu Bayangan' nyanyian asal kumpulan Carefree adalah antara lagu Melayu paling popular abad ini. Ia pernah dirakam semula oleh Nurul Depp dan David Arumugam sewaktu masih wujudnya Polygram Records sekitar tahun 90-an dahulu.

Malah, pernah juga dirakam oleh Dayang Nurfaizah dan abangnya Dino tidak lama selepas itu. Namun, versi opera pop nyanyian guru vokal paling dikenali Malaysia, Syafinaz ini sememangnya luar biasa dan sukar ditandingi.

Secara jujur ia adalah personal favourite saya dalam album Ingin Bersamamu Syafinaz dahulu. 'Rindu Bayangan' versi opera pop ini menampilkan gubahan muzik yang agak mudah dengan iringan piano serta vokal penyanyinya sahaja.

Sungguhpun begitu, yang membezakan karya Syafinaz ini adalah gaya nyanyian operanya yang indah berkat suara sopranonya. Benar-benar bertaraf antarabangsa dan wajar diberi sanjungan!

'Kasih Berubah' - Ferhad (Nyanyian asal Flybaits)

 

Karya asal nyanyian kumpulan Flybaits yang popular hujung 70-an dan awal 80-an ini telah dirakam semula dan mendapat perhatian ramai peminat muzik sewaktu diperkenalkan pada tahun 2000 dahulu.

Dinyanyikan semula oleh penyanyi R&B kelahiran Singapura, Ferhad, lagu 'Kasih Berubah' versi R&B ini telah menaikkan nama Ferhad sehingga menjadi salah seorang artis yang paling dikenali pada eranya.

Malah, album yang menampilkan lagu ini dahulu telah melayakkan dirinya untuk tercalon dalam pelbagai anugerah muzik tempatan. Masih indah didengari hingga ke detik ini. 

'Tunggu Sekejap' - Hujan (Nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee)

 

Dipetik dari album P. Ramlee Satu Indiepretasi, lagu popular nyanyian Tan Sri P. Ramlee ini diberi sentuhan ajaib oleh kumpulan indie tersohor negara Hujan. Vokal merdu Noh Salleh benar-benar memberikan nafas baru pada karya agung ini dan membuat ramai yang terlena mendengarnya.

Malah, mereka membuat seolah-olah lagu ini milik mereka dan bukan sebuah lagu yang dirakam semula atau ‘dipinjam’. Tetap menjadi salah satu versi pilihan saya dan saya yakin pilihan ramai juga.

'Kabut Serangkai Mawar' - Mafarikha (nyanyian asal Zaiton Sameon)  

 

Dalam senarai ini, karya ini boleh dianggap yang termuda kerana lagu rakaman semula penyanyi bersuara hebat Mafarikha ini baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Namun, ia benar-benar satu penantian yang berbaloi.

Vokal luar biasa Mafarikha menyelubungi keseluruhan lagu dendangan asal Zaiton Sameon ini. Sungguhpun Zaiton Sameon lebih dikenali dengan lagu 'Menaruh Harapan', saya yakin 'Kabut Serangkai Mawar' versi Mafarikha ini akan membuat generasi baru mengingati lagu ini.

Dengan interpretasi penuh jiwa, ia satu remake yang berada dalam liganya tersendiri. 

'Jauh Di Mata' - Ella ( Nyanyian asal Kartina Dahari)

 

Ada yang mungkin tidak tahu bahawa ratu rock Malaysia Ella pernah merakam semula lagu kegemaran arwah ibunya yang berjudul 'Jauh Di Mata' ini. Lagu ini merupakan lagu asal nyanyian Kartina Dahari namun diberi nafas baharu oleh Ella.

Bersulamkan irama balada rock santai, ia menjadi satu interpretasi yang sesuai dengan suara dan gaya nyanyian Ella.

'Janji Manismu' - Terry (Nyanyian asal Aishah)

 

Satu-satunya penyanyi Indonesia dalam senarai ini namun ia satu penyertaan yang berbaloi. Karya asal nyanyian Aishah ini diberi interpretasi yang sangat mengagumkan oleh Terry. Selain irama yang lebih santai dan susunan muzik R&B yang segar, membuatkan lagu ini begitu dikenali di Indonesia.

Malah, vokal mantap Terry juga menjadikan karya ini lebih hebat walaupun ia hanyalah satu rakaman semula. Biarpun versi asalnya tetap menjadi pujaan, remake ini sama sekali tidak mengecewakan. - Getaran, 28 November 2021

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Muzik 7 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 10 bulan yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan