web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sharjah International Book Fair 2021 Pameran Buku Terbesar Dunia

Pengiktirafan itu dicapai susulan kejayaan salah satu program profesional pameran buku itu, yakni SIBF Publishers Conference, yang menarik penyertaan 546 penerbit buku, serta ejen kesusasteraan daripada 83 negara.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 2:18PM

Gambar: Sharjah Book Authority & Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pameran Sharjah International Book Fair (SIBF) 2021, platform yang menghimpunkan penerbit buku dalam jumlah yang cukup tinggi, kini merupakan satu acara pameran buku terbesar dunia, menurut penganjurnya Sharjah Book Authority (SBA).

Pengerusi SBA Ahmed bin Rakkad Al Ameri berkata SIBF mendapat pengiktirafan itu buat pertama kali sejak pelaksanaan pameran berkenaan pada tahun 1982. 

Pengiktirafan global itu dicapai susulan kejayaan salah satu program profesional pameran buku itu, yakni edisi ke-11 SIBF Publishers Conference, di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menarik penyertaan 546 penerbit buku, serta ejen kesusasteraan daripada 83 negara.

“Semasa industri penerbitan global meninjau ke arah meningkatkan usaha-usaha pemulihan pasca COVID-19, pelbagai prospek komersial yang dibentangkan oleh program profesional SIBF telah terbukti lebih menarik perhatian pihak berkepentingan dalam industri berkenaan, bagi interaksi perniagaan dan pertukaran pengetahuan.

“Dengan tema 'There's always a right book', SIBF menerajui usaha antarabangsa bagi membolehkan industri penerbitan membuka laluan ke arah pemulihan pasca-pandemik dan memperoleh pengiktirafan global kerana berjaya menganjurkan edisi ke-39 semasa kemunculan pandemik tahun lepas,” katanya.

Al Ameri berkata rekod baharu itu mencerminkan hasil usaha SIBF dan satu langkah berkualiti ke arah pemulihan penuh industri penerbitan dan kreatif di seluruh dunia.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Al Ameri berkata rekod SIBF edisi ke-40 adalah pencapaian tempatan, serantau dan antarabangsa yang tidak mungkin direalisasikan tanpa sokongan berterusan Ahli Majlis Tertinggi dan Pemerintah Sharjah, Yang Teramat Mulia Sheikh Dr Sultan bin Muhammad Al Qasimi.

Beliau berkata baginda berpendirian teguh bahawa pembinaan masyarakat dan tamadun yang kukuh hanya boleh dicapai melalui ilmu dan buku.

“Acara yang terkemuka di dunia ini telah membuktikan kehebatannya dengan mengumpulkan 1,632 penerbit dari 83 negara untuk mempamerkan 15 juta buku, termasuk 1.3 juta buku dengan judul unik, dengan 110,000 daripadanya membuat kemunculan buat pertama kali di SIBF.

“Pencapaian ini menyusuli beberapa siri pencapaian terbaru oleh Sharjah dan SIBF. Ia termasuk dianugerahkan status Tetamu Kehormat di beberapa pameran buku antarabangsa, termasuk Paris, Moscow, Madrid, New Delhi serta Sao Paulo, dan menganjurkan acara antarabangsa terbesar yang diadakan semasa pandemik melanda tahun lepas.

Edisi ke-40 SIBF anjuran SBA di Pusat Ekspo Sharjah yang berlangsung selama 11 hari sehingga 13 Nov ini menampilkan lebih 15 juta buku dari pelbagai negara di dunia. - Bernama

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Komited Majukan Sektor Tenaga Boleh Perbaharui, Konsisten Mudahkan Perniagaan Dengan UAE

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini