Berita Terkini

16 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bersangka Baik Untuk Elakkan Fitnah

Orang kata lebih baik kita berbaik sangka daripada buruk sangka. Ini kerana mereka yang bersangka buruk, dia seolah-olah memfitnah kerana perbuatan itu tidak mempunyai bukti nyata dan kukuh.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 8:53AM

Gambar: Andrea Piacquadio, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah atau tidak, anda menghadapi situasi di mana anda sukar untuk bersangka baik terhadap seseorang individu? Lebih-lebih lagi jika individu itu pernah melakukan kesilapan suatu ketika dahulu.

Biarpun anda telah memaafkannya, tetapi hati tetap berkata-kata yang dia seorang yang tidak boleh dipercayai. Setiap perbuatannya pasti menimbulkan prasangka. Senang cerita, susah untuk bersangka baik terhadapnya.

Orang kata lebih baik kita berbaik sangka daripada buruk sangka. Ini kerana mereka yang bersangka buruk, dia seolah-olah memfitnah kerana perbuatan itu tidak mempunyai bukti nyata dan kukuh. Jika terjadi fitnah, ia membawa kepada dosa besar.

Selain itu, bersangka buruk juga boleh mengeruhkan atau memutuskan tali silaturrahim sama ada di kalangan teman-teman, mahupun keluarga. 

Firman Allah SWT bermaksud: Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Al-Hujurat: 12)

Jadi bagaimana agaknya kita boleh memupuk sifat berbaik sangka? Ini enam tip berbaik sangka dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani yang disampaikan oleh Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui akaun Facebooknya:

1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

2) Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

3) Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4) Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5) Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Gambar hiasan: Mihai Surdu, Unsplash
Gambar hiasan: Mihai Surdu, Unsplash

Jelas Dr. Mohd Fadzilah Kamsah lagi, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi daripada sesiapapun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Luh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.

"Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. 

"Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.

"Ingatlah, seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar di sisi Allah walau sangkaannya itu tersalah, namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah di sisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.

"Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain," ujar beliau. - Getaran, 31 Oktober 2021

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

3

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

4

Refleksi 3 bulan yang lalu

UAI Kata Haram Tidur Dengan Patung Seperti 'Teddy Bear', Pejabat Mufti Bagi Penjelasan Berbeza

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi