Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 4:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘The Girl Who Sees Scents’ (Netflix)

Anggota polis tanpa deria sakit dan gadis amnesia yang periang, Choi Mu Gak dan Oh Cho Rim kedua-duanya ditemukan secara tidak sengaja.

Tanpa disedari, mereka sebenarnya menempuh jalan hidup yang hampir serupa, kehilangan insan tersayang akibat kegilaan seorang pembunuh bersiri.

Pelbagai peristiwa lucu dan mencemaskan akhirnya menggabungkan mereka sebagai satu pasukan, kerana Oh Cho Rim dianugerahkan kebolehan luar biasa sebaik sedar dari koma.

Dia mampu melihat bau secara fizikal. Apa sahaja jenis bau akan tampak jelas di matanya, dan ia mendorong mereka berdua menjejak pembunuh bersiri yang amat dikehendaki itu.

Di saat hampir berjaya, mereka bagaimanapun menerima kejutan yang amat tidak disangka.

Siapakah pembunuh bersiri berkenaan? Apakah ingatan Oh Cho Rim mampu dipulihkan? Berjayakah pembunuh bersiri yang licik itu ditangkap? 

Segalanya akan terurai dalam siri televisyen Korea 16 episod ini. Yang nyata, ia sesuai untuk tontonan sekeluarga walaupun ada saatnya anda mungkin terjerit melihat adegan cemas dipaparkan. - Sophia Ahmad

Hereditary (Mubi) 

Awalnya penulis menyangkakan filem ini seperti The Babadook-- filem seram yang berakarkan trauma psikologi. Tetapi rupa-rupanya salah. Ia filem seram yang berakarkan kejahatan manusia dan Alam Lain.

Pastilah bukan cerita seram biasa-biasa kerana ia dibintangi pelakon handalan Toni Collette dan Gabriel Byrne.

Hereditary, filem pertama arahan Ari Aster ini menceritakan tentang Annie, seorang pakar seni miniature yang baru kematian ibunya.

Dalam segala kesedihannya, dia cuba untuk menjalani kehidupan biasa sebagai seorang ibu kepada dua orang anak dan menjadi isteri yang baik kepada suaminya.

Di samping itu, Annie juga sedang gigih untuk cuba menghabiskan karya terkininya untuk sebuah pameran.

Tetapi, dia seperti jatuh ditimpa tangga, berkali-kali. Dan penonton akan dapat mengetahui sebab sebenarnya pada satu pertiga akhir filem ini.

Jika anda peminat filem seram, Hereditary perlu ada dalam senarai wajib tonton anda. Filem yang cukup menarik. - Ili Farhana 

 

 

‘The Story of Minglan’ (iQiyi, Youku, Tencent, Viki dan YouTube)

‘The Story Of Minglan’, lakonan Zhao Liying, Feng Shao Feng dan Zhu Yilong ini adalah satu fenomena di TV di China. Ia mendapat 400 juta tontonan dalam masa hanya tiga hari tayangan. 

Drama ini diadaptasi dari novel yang popular dan berlatarbelakangkan zaman Dinasti Song (960-1127). Ia mengisahkan seorang wanita yang dilahirkan oleh seorang wanita simpanan.

Wanita ini dipinggirkan oleh bapanya, yang juga seorang pegawai istana. Minglan adalah seorang yang cerdik dan akhirnya dia menjadi isteri kepada seorang pegawai istana yang sangat berkuasa, Gu Tingye.

Minglan menggunakan taktik dan perancangan yang teratur serta teliti untuk menjatuhkan musuhnya secara senyap dan membalas dendam di atas kematian ibunya.

Dan sebagai isteri kepada Gu Tingye, dia membantu melindungi suaminya daripada saudara-mara yang cemburu serta membuang pegawai istana lain yang korup.

Drama ini mempunyai 73 episod dan agak 'berat' namun berjaya menarik perhatian ramai hingga menjadi antara tiga drama paling popular di China selepas ditayangkan pada 26 Disember 2018.

Siri ini ditayangkan menerusi iQiyi, Youku, Tencent, Viki dan YouTube. - Habibah Omar

Talak 3 (Netflix)

Talak 3 adalah filem arahan dua sutradara berbakat Indonesia, Hanung Bramantyo dan Ismail Basbeth.

Dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Vino G. Bastian, Laudya Cynthia Bella, dan Reza Rahadian, filem ini bergenre drama komedi yang mampu membuat anda gelak ketawa. 

Ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang sudah rasmi bercerai namun terpaksa melakukan sebuah projek bersama bagi mengatasi masalah kewangan mereka.

Oleh sebab projek ini menuntut mereka untuk selalu bersama, secara tidak sedar ia telah membibitkan kembali rasa cinta antara pasangan ini sehinggalah mereka memutuskan untuk rujuk kembali. 

Persoalan menjadi semakin rumit ketika diketahui bekas suami telah menjatuhkan talak tiga. Jadi, sudah tentunya status perceraian menjadi penghalang bagi merujuk semula dan menyebabkan banyak dilema antara mereka.

Filem Talak 3 boleh ditonton menerusi platform Netflix. - Sara Mack Lubis

‘A Korean Odyssey’ (Viu) 

Drama Korea yang satu ini jatuh dalam kategori cinta manusia dan dewa dewi.

Selalunya penulis kurang gemar genre begini tetapi mungkin kerana siri ini dibintangi Cha Seung-Won dan Lee Seung-Gi, dua pelakon kegemaran penulis, lalu diharungilah 20 episod, tetapi tidaklah sekali harung (binge watch).

Banyak babak cinta-cinta tetapi lebih banyak aksi lucu dan drama ihsan pelakon-pelakon tambahan siri ini dan sekali gus menjadikan ‘A Korean Odyssey’ sebuah siri yang mudah ditonton oleh mereka yang bukan penggemar drama bersiri. 

Siri ini berkisarkan tentang tiga watak utama-- Son Oh Gong (Lee Seung-Gi), Seon Mi (Oh Yeon So) dan Woo Ma Wang (Cha Seung-Won).

Mereka bertiga sudah pernah bertemu semasa Seon-mi masih di bangku sekolah dan ditakdirkan bertemu kembali semasa dia sudah dewasa dan bekerja sebagai ejen hartanah dengan ‘kebolehan istimewa’.

Bagi menambah 'perisa' drama, ada diselitkan kisah pengorbanan dan luka lama yang kembali berdarah. Setiap episod siri ini panjangnya sekitar 80 minit. - Ili Farhana

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM