web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teguran Mak-Mak Daripada Cik Yah Beri Pengajaran Kepada Masyarakat

Karakter Cik Yah telah dicipta melalui aplikasi animoji. Watak ibu berusia 55 tahun ini telah menjadi satu cara menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui media sosial.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 4:49PM

Cik Yah bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz. Gambar: Instagram @cikyahofficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazimnya, teguran dan nasihat daripada seorang ibu adalah yang terbaik dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjadi insan berguna suatu hari nanti.

Bukan menidakkan peranan bapa namun mungkin disebabkan naluri keibuan yang lebih lembut dan memahami membuatkan golongan hawa itu lebih dekat dengan si anak.

Mengambil kira faktor itu, Amar Reza Zainalabidin, 27, mencipta karakter Cik Yah melalui aplikasi animoji yang digambarkan sebagai seorang ibu berusia 55 tahun sebagai cara menyampaikan mesej, informasi, maklumat serta pengajaran kepada masyarakat melalui medium media sosial.

Amar Reza Zainalabidin, 27, pencipta karakter Cik Yah. Gambar: Bernama
Amar Reza Zainalabidin, 27, pencipta karakter Cik Yah. Gambar: Bernama

“Saya gambarkan Cik Yah adalah seorang ibu kepada tiga anak iaitu Sepul, Dayah dan Faiz serta merupakan Pengerusi Persatuan Bini-Bini Tak Berlaki dan menetap di Kampung Gajah Termenung.

“Jadinya, apabila seorang ibu atau lebih tua yang dikatakan ‘lebih banyak makan garam’ menegur, ia tidak menjadi masalah besar berbanding watak orang muda yang lebih mudah dipertikaikan,” katanya kepada Bernama.

Cik Yah yang mempunyai 145,000 pengikut di TikTok dan 52,000 pengikut di Instagram mula dikenali selepas beberapa episod videonya seperti ‘Mak-mak Bila Kejut Bangun Sahur’, ‘Mak-mak Bila Naik Kereta’, ‘Mak-mak Bila Tetamu Nak Datang’ dan ‘Makcik-makcik Bila Pergi Majlis’ tular menerusi media sosial sejak dimuat naik pada Mac lepas.

Antara paling mencuri tumpuan adalah kandungan video berdurasi 5 minit 8 saat yang memaparkan telatah Cik Yah dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) yang berjaya menarik lebih 35,000 tontonan sejak dimuat naik menerusi Instagram pada 21 Sept lepas.

Amar Reza yang juga pelakon suara Cik Yah berkata hampir 50 peratus karakter Cik Yah yang dilakonkan semula itu menyerupai gaya ibunya, Hanizah Abdul Hamid, 50, sekali gus menjadikannya sebagai pusat rujukan utama dan nasihat dalam setiap cerita.

“Saya suka memerhati, jadi, setiap video saya akan dinilai terlebih dahulu oleh ibu sebelum dimuat naik ke media sosial. Biasanya, ibu akan beri pendapat apa perlu ditambah baik dari sudut pandangan seorang ibu dan wanita yang berusia.

“Sebabnya, saya sebagai orang muda masih belum mencapai fasa mereka dan hanya melakonkan semula. Saya tidak mahu karakter itu dilihat sangat ‘plastik’, keterlaluan atau tidak kena dengan gaya mak-mak,” katanya yang mengalami batuk hampir dua bulan gara-gara menghasilkan suara Cik Yah.

Bercerita lanjut, Pensyarah Komunikasi dan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing itu berkata karakter Cik Yah juga tidak ketinggalan menerima kecaman hebat daripada warganet gara-gara sikapnya yang sinis dan menjengkelkan serta bersuara lantang.

“Ketika awal-awal Cik Yah muncul di TikTok, karakternya bersifat mencemuh seni namun itu juga yang menjadikannya cepat dikenali. Niat saya hanyalah untuk menyampaikan mesej dan pengajaran tetapi disalah erti.

“Situasi itu menyebabkan Cik Yah dimarah dan dikritik selain turut diugut bunuh serta disimbah asid sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatan mental saya,” katanya yang enggan mengaku kalah dan menyifatkannya sebagai asam garam yang perlu dilalui.

Tambah Amar Reza, setiap video yang dihasilkan mengambil masa satu hingga tiga hari untuk disiapkan dan setiap idea ditonjolkan berdasarkan situasi semasa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berharap Cik Yah akan menjadi satu watak yang dikenali sepertimana karakter animasi lain pada masa akan datang.

“Saya berharap ada pihak dapat membantu saya mengembangkan animoji Cik Yah dalam menjadi siri animasi yang berfokus kepada golongan remaja dan dewasa serta terus kekal relevan,” katanya yang turut menerima permintaan daripada pihak swasta dan badan bukan kerajaan dalam menghasilkan video kempen kesedaran. - Bernama

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

4

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

5

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

6

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya