Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


'Staycation' 3 Hari 2 Malam Yang Sempurna

Mahu bercuti tapi belum berani ke Langkawi? Kami ada cadangan 'staycation' mewah di Lembah Klang untuk anda dan keluarga atau pasangan anda.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Sep 2021 6:16PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menginjak ke Fasa Dua, Pelan Pemulihan Negara (PPN), pasti ramai yang mula berkira-kira untuk merehatkan diri daripada suasana yang menyesakkan buat seketika.

Mahu ke Langkawi mungkin masih belum bersedia, atau anda terikat dengan bajet dan masa.

Jika anda merancang untuk staycation di hotel bersama keluarga mahupun berdua-duaan dengan pasangan, apa kata anda jadikan One World Hotel Petaling Jaya sebagai pilihan.

Hotel yang terletak di tengah-tengah syurga membeli-belah di Kuala Lumpur ini menjanjikan sebuah percutian yang cukup sempurna. 

Lebih-lebih lagi jika anda sememang mencari ruang untuk bermalas-malasan di hotel, tanpa perlu memandu ke sana-sini untuk menjamu selera atau mengisi masa terluang. Segalanya ada di sini.

Terdapat 438 buah bilik yang ditawarkan oleh hotel ini dan kesemua bilik menjanjikan perkhidmatan terbaik demi keselesaan tetamu.

Setiap bilik tampil bergaya dengan rekaan moden, eksklusif serta kontemporari.

Malah, peralatan dan perabot yang diguna pakai juga sesuai dengan gaya hidup terkini serta mewah. Paling penting, ia disanitasi secara berkala bagi memastikan tetamu tidak berasa bimbang menjejakkan kaki ke sini.

Antara jenis-jenis bilik yang boleh dijadikan pilihan ialah Superior, Deluxe, Executive Deluxe, Junior Suite dan Premier Suite.

Percayalah, tidur malam anda pasti lena. Malah tidak mustahil anda akan berasa enggan untuk meninggalkan bilik.

Apa tidaknya, selain menawarkan tilam dan bantal yang cukup selesa, program-program televisyen yang disediakan juga banyak pilihan.

Ini bermakna anda boleh tempah pesanan bilik dan tonton filem bersama pasangan tanpa sebarang gangguan! 

Ketika penulis menikmati pengalaman bermalam selama tiga hari dua malam di hotel ini pada Mac lalu, segalanya cukup sempurna.

Siapa sangka hotel yang terletak di kawasan tumpuan ramai ini berjaya memikat hati. Semua kehendak rasa dapat dipenuhi.

Mahu membeli-belah, pusat membeli-belah 1Utama ada di sebelah. Mahu menonton wayang, ada dua buah pawagam di 1Utama. Mahu menjamu selera, ada beberapa restoran dan kafe yang tersedia di hotel. Kolam renang juga sedia menanti kunjungan anda untuk bersantai di waktu petang.

 

Jamu selera dengan pelbagai citarasa

Menjamu selera di hotel mungkin bukan pilihan kepada sesetengah tetamu. Sama ada kerana pilihannya yang terhad, mahupun harganya yang mungkin agak mahal.

Namun, jika menginap di One World Hotel Petaling Jaya, anda boleh memanjakan lidah dengan pelbagai pilihan makanan yang memikat selera. Percayalah anda tidak akan menyesal.

Lupakan tentang harga, sebaliknya raikanlah ‘kebebasan’ yang diraih setelah sekian lama menjamu selera di meja makan sendiri. Sesekali apa salahnya bukan?

Jika anda bermalam pada hujung minggu, jangan lepaskan peluang menikmat set minum petang di Cinnamon Coffee House yang sememangnya terkenal dengan pelbagai hidangan menyelerakan, terutamanya bufet Ramadan.

Pada harga RM95 bersih untuk seorang dewasa buat set minum petang, anda boleh menjamu selera sepuas-puasnya. Menjenguk ke kaunter manisan, anda pasti rambang mata kerana semua yang terhidang bagaikan memanggil-manggil untuk dijamah.

Jika menginap di sini pada hujung minggu dan cuti umum, pastikan anda singgah ke Zuan Yuan Chinese Restaurant yang berstatus halal untuk menikmati bufet All-You-Can-Eat Dim Sum yang juga menjadi rebutan ramai penggemar menu ini.

Dengan harga promosi, RM68 untuk dewasa dan RM34 untuk kanak-kanak, anda boleh menghabiskan masa selama dua jam untuk mencuba pelbagai variasi dim sum. 

Antara yang mesti dicuba ialah itik salai bersama nanas dan salsa limau bali untuk pembuka selera, roti kukus dengan kastard dan kuning telur masin, kaki ayam kukus dengan sos cili istimewa, ladu taro dengan bawang dan ayam lada hitam dan ladu udang kukus.

Selain pilihan dim sum, terdapat juga pilihan nasi goreng dan mi.

 

Manjakan diri di spa

Buat masa ini spa hotel masih belum beroperasi kerana masih menunggu lampu hijau daripada pihak berwajib. Seandainya segalanya sudah kembali normal, cubalah curi masa untuk memanjakan diri di spa.

Di sini anda akan dibelai dengan berhati-hati bagi memastikan kunjungan anda ke sini tiada penyesalan.

Pilihlah rawatan yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Dapatkan nasihat daripada kakitangan spa terlatih supaya mereka boleh menyarankan rawatan yang paling tepat. 

Selain boleh mendapatkan urutan badan, anda juga boleh melakukan rawatan lain seperti lulur dan mandi bunga. Rawatan wajah, pedicure dan manicure juga tersedia pada harga berpatutan.

Jadi tunggu apa lagi? Jika anda dambakan persingggahan mewah di Petaling Jaya, bermalamlah di hotel yang pernah dinobatkan sebagai Highly Commended Best Luxury Hotel and Best Luxury Convention Hotel di Asia Pacific Hotel Awards 2019-2020 ini.

Pasti ia menjadi satu pengalaman eksklusif yang mungkin tidak akan anda lupakan! - Getaran, 19 September 2021

Semua gambar: One World Hotel

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 hari yang lalu

Program Yayasan RYTHM Sekolah Maharani Buahkan Hasil Positif Bimbing Remaja Perempuan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

6 Tahun Berjaya Lari, Suspek Curi Kereta Tumpas Akhirnya

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Buru Pemandu Kenderaan Mewah Guna Laluan Motosikal

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Muse Sah Buat Konsert Di Ibu Kota, Lokasinya Di Bukit Kiara Equestrian Resort, 29 Julai Ini

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi