Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 3:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Talentime (Netflix)

Peminat filem Yasmin Ahmad boleh tersenyum bahagia apabila Netflix telah menayangkan tiga filem arahan pengarah itu bulan ini. 

Filem-filem tersebut termasuklah Talentime, Rabun dan Mukhsin

Kami di Getaran ingin mengajak semua pembaca untuk menonton filem Talentime memandangkan kita masih berada di dalam mood menyambut Hari Malaysia. 

Talentime ialah sebuah filem yang boleh dibanggakan apabila ia mencerminkan rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa dan budaya dalam sebuah garapan yang indah.

Filemnya mengisahkan tentang kisah cinta seorang gadis Melayu dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India bernama Mahesh. 

Mahesh ialah seorang lelaki yang mempunyai bakat bermain gitar dengan suara yang merdu. Dia juga merupakan finalis pertandingan pencarian bakat di sekolahnya. 

Mahesh menjadi lelaki pendiam semenjak bapa saudaranya mati ditikam di hari perkahwinannya. Ia tidak hanya memberi kesan trauma kepadanya, malah seisi keluarganya turut merasai luka yang sama. 

Cinta yang terjalin antara dua budaya berbeza iaitu Mahesh dan Melur ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada banyak cabaran yang perlu dihadapi. Talentime merupakan filem yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga! - Wafa Aula

 

'I-Tanggang' (Astro Go)

Perkara pertama yang mungkin menarik perhatian saya di awal montaj pembuka adalah barisan pelakon yang menerajui siri ini. 

Dibintangi nama-nama senior lagi berbakat seperti Sherie Merlis, Faizal Husein, Sofea Jane dan ramai lagi, ia seolah-olah memberi satu gambaran kepada kualiti karya ini. 

Dan terbukti, ia lain daripada yang lain jika dibandingkan dengan projek-projek drama bersiri tempatan yang pernah kita saksikan sebelum ini. 

Walau bagaimanapun, idea yang ditonjolkan sebenarnya sudah sering juga disaksikan dalam projek-projek antarabangsa. 

Sungguhpun di permulaan episodnya ada dimaklumkan bahawa ini merupakan karya fiksyen semata-mata, namun kita tahu memang ada beberapa babak yang ditampilkan dalam 'I-Tanggang' ini adalah coretan realiti kehidupan masa kini. 

Mengangkat ajnas isu sosial dan permasalahan yang membelenggu masyarakat zaman sekarang, siri ini mengambil langkah lebih berani dalam menokok tambah atau memperbesarkan isu-isu tersebut yang boleh dianggap agak tabu atau sensitif buat segelintir penonton (khasnya komuniti Melayu Malaysia). 

Yang pasti 'I-Tanggang' sarat dengan pelbagai mesej tersurat dan tersirat yang seharusnya mampu membuka minda para penonton untuk berfikir dan lebih cakna tentang dunia sekeliling mereka. 

Tidak hairan jika siri ini bakal menjadi pilihan di platform penstriman antarabangsa berkat hasil penulisan layarnya yang lebih global dan realistik. Suatu karya tempatan yang boleh dibanggakan. - Shah Shamshiri

 

'Control Z' (Netflix)

Sekiranya anda menggemari drama berunsur penyiasatan, apa kata tonton drama siri ‘Control Z’ yang penuh dengan teka-teki dan misteri. 

Berlatarbelakangkan negara Mexico, cerita ini mengisahkan tentang kehidupan beberapa pelajar sekolah yang berusaha mencari seorang hacker yang telah memeras ugut mereka. 

Melakonkan watak utama, Ana Valeria Becerril memiliki watak seakan Sherlock Holmes. Meskipun cerita ini merupakan debut pertama Ana dalam dunia drama televisyen, lakonannya tidak mengecewakan malah mendapat pujian dan perhatian orang ramai.

‘Control Z’ juga dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Michael Ronda, Yankel Stevan, Zion Moreno, Luis Curiel, Samantha Acuña, Andrés Baida, Patricio Gallardo, Iván Aragón, Xabiani Ponce de León, Patricia Maqueo, Rodrigo Cachero, dan Rocío Verdejo.

Dalam cerita arahan Bernardo De La Rosa dan Alejandro Lozano ini, ramai pengkritik mengatakan bahawa ia tepat mencerminkan kehidupan remaja sekarang dan budaya buli yang semakin membimbangkan di sekolah.

Drama ‘Control Z’ boleh ditonton di laman penstriman Netflix. - Sara Mack Lubis

 

'High Class' (Viu dan iQiyi)

Bagaimana reaksi anda jika pasangan yang anda cintai tiba-tiba hilang tanpa jejak selepas menikmati momen romantik di tengah laut?

Lebih tragis, tiada mayat ditemui dan anda dituduh sebagai pembunuh!

Itulah yang dilalui peguam terkenal, Song Yeo Wol. Bahkan hidupnya yang sebelum itu indah berubah 360 darjah selepas insiden terbabit. Bukan hanya dia yang terkesan, malah anak tunggalnya juga turut terkena tempias apabila sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan sehingga terpaksa bertukar sekolah.

Nekad memulakan hidup baharu, Yeo Wol mengambil keputusan berhenti kerja dan berpindah ke Pulau Jeju selepas anaknya ditawarkan bersekolah di sekolah elit HSC. Namun, apa yang diharapkan Yeo Wol tidak berlaku apabila kehadirannya dan anaknya tidak di terima baik di sekolah itu.

Dan, penghijrahan Yeo Wol seakan-akan membuka kotak pandora apabila teka-teki misteri ‘kematian’ suaminya mula tersingkap sedikit demi sedikit. Yang disangka ‘suci’ selama ini rupa-rupanya penuh dengan noda.

Naratif drama ini bergerak pantas, tidak perlu menunggu lama untuk kita meneka apa sebenarnya yang berlaku. Satu demi satu rahsia terbongkar dan ia pastinya membuatkan kita tidak sabar menunggu episod seterusnya.

Diterajui bintang berkaliber Cho Yeo Jeong, drama terbaharu dari Korea Selatan ini memaparkan kehidupan ‘sempurna’ wanita elit yang penuh rahsia, hipokrasi dan dendam.

Sekiranya anda penggemar drama dan misteri, jangan ketinggalan menonton 'High Class'. Selain Seo Yeo Jeong, drama ini turut dibintangi Kim Ji Soo, Ha Joon, Park Se Jin, Kong Hyun Joo dan ramai lagi yang menyampaikan mutu persembahan cemerlang.

Drama ini boleh ditonton menerusi platform Viu dan iQiyi.

 

Believer (Mubi)

“Gila.” Itu yang keluar daripada mulut penulis selepas menonton filem ini. Believer adalah sebuah filem Korea Selatan dan jalan ceritanya diangkat daripada filem Hong Kong yang bertajuk Drug War. 

Diarahkan oleh Lee Hae-Young dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Cho Jin-woong, Ryu Jun-yeol, Kim Joo-hyuk, Cha Seung-Won, Kim Sung-ryung dan Park Hae-joon, filem ini intense! 

Kisahnya tentang seorang pegawai polis, Detektif Won-Ho yang sedang memburu seorang ‘raja’ dadah ternama, Tuan Lee. Tetapi kerana Tuan Lee tidak pernah dilihat di khalayak ramai, banyak pengedar dadah lain yang menyamar menjadinya. 

Semasa pencarian ini, Detektif Won-Ho bekerjasama dengan Rak dan bertemu dengan pelbagai watak menarik serta melalui pelbagai insiden mencemaskan. 

Berbaloi 123 minit waktu tontonannya. - Ili Farhana - Getaran, 19 September 2021

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz