Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 4:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Getaran kembali lagi dengan lima cadangan rancangan yang boleh membantu mengisi masa anda minggu ini. Mahu filem aksi komedi atau siri drama kehidupan? Dokumentari juga ada. Jom semak senarai kami kali ini. 

 

‘The Mosque Next Door’ (Netflix)

Walaupun terkenal dengan penduduk yang secara amnya begitu bertoleransi terhadap masyarakat migran dari pelbagai latar belakang, Australia tidak terkecuali daripada insiden ekstrimisme berhaluan kanan dan Islamofobia. 

Siri dokumentari tiga episod ini menyingkap kehidupan masyarakat Islam di sebuah bandar kecil di Brisbane dengan membenarkan penggambaran dilakukan selama setahun di dalam Masjid Holland Park, antara masjid tertua di tanah Down Under ini. 

Diketuai Imam Uzair dan orang kanannya Ali Kadri, penonton dibawa mengikuti usaha mereka mendekatkan diri dengan masyarakat bukan Muslim setempat yang kurang memahami Islam (seperti konsep makanan halal) dan aktiviti seharian jemaah masjid ini.  

Siri ini sangat membuka mata penonton kepada cabaran asimilasi dan pembentukan identiti bagi mereka yang hidup sebagai kumpulan rakyat minoriti. - M. Zulkifli 

 

Extreme Job (Viu)

Jujur, penulis terpanggil untuk menonton filem ini kerana Lee Dong Hwi. Memang selalu akan ada soft spot untuk pelakon ini yang nampaknya akan sentiasa menjadi pelakon sampingan dan bukan pelakon utama walaupun berbakat besar. 

Tetapi rupa-rupanya filem Extreme Job ini bukanlah filem polis biasa-biasa. Komedinya menjadi dan debaran daripada segmen aksinya ‘sampai’. 

Jalan ceritanya mudah sahaja. Satu pasukan polis ‘undercover’ perlu menjalankan siasatan ke atas sekumpulan penjahat. Tetapi untuk melakukan itu, mereka menyamar menjadi penjual ayam goreng.

Tiba-tiba ayam goreng mereka laris! Dan tak semena-mena mereka melupakan identiti sebagai polis dan menikmati kehidupan sebagai peniaga ayam goreng. 

Paling tak disangka dalam filem ini ialah watak yang dibawakan oleh Lee Honey. Selama ini penulis melihatnya terlibat dalam rancangan-rancangan kecantikan sebagai pengacara dan watak-watak dimainkan dalam filem-filem sebelum ini semuanya ‘cantik’ belaka.

Tetapi dalam filem ini beliau menjadi anggota polis yang cemerkap dan mulutnya, aduhai, ‘tak ada insurans’. 

Extreme Job sesuai ditonton selepas menempuhi hari penuh stres serta ditemani air manis dingin dan ayam goreng Korea panas. - Ili Farhana

 

‘DC’s Stargirl’ (HBO Go)

Jika anda peminat siri TV berkonsep adiwira, ‘DC’s Stargirl’ mungkin sesuatu yang anda ingin anda tonton. Dipetik dari siri komik jenama DC yang diterajui tokoh-tokoh adiwira seperti Superman dan juga pasukan Justice League, ‘DC’s Stargirl’ merupakan salah satu dari ratusan watak komik DC yang diadaptasi menjadi siri TV popular. 

Diterbitkan oleh salah satu jenama studio dan filem tersohor Hollywood iaitu Warner Brothers, siri ini memaparkan seorang gadis remaja bernama Courtney Whitmore yang berasal dari sebuah kota kecil di Amerika Syarikat. 

Dia kemudian dipilih oleh sebuah tongkat sakti untuk menggalas tanggungjawab sebagai Stargirl, seorang adiwira yang boleh mengawal dan menggunakan tongkat sakti tersebut sebagai senjata untuk melawan kejahatan. 

Lebih menarik Stargirl turut dibantu oleh beberapa orang rakan sebayanya yang juga menjadi adiwira berkat penemuan senjata hebat lain. 

Mereka kemudian menjadi generasi baharu Justice Society of America yang dianggotai oleh Wildcat, Dr Midnight, Hourman dan juga anak perempuan kepada Green Lantern.

Sesuai sebagai hiburan ringan buat peminat siri ‘superhero’ dan sains fiksyen. Ia boleh ditonton di platform penstriman HBO Go dan juga saluran Warner TV di Astro serta Hypp TV. - Shah Shamshiri

 

‘Ginny & Georgia’ (Netflix)

Kehadiran drama siri ‘Ginny & Georgia’ di laman penstriman Netflix, mengingatkan kita semula dengan drama ‘Gilmore Girls’ yang pernah mencuri hati ramai orang suatu ketika dahulu.

Meskipun dikeluarkan pada bulan Februari lepas, ‘Ginny and Georgia’ masih menjadi bualan warganet malah pelancaran musim kedua sangat dinantikan oleh para peminatnya.

Drama ini menampilkan kisah hubungan antara seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang mempunyai perwatakan berlainan. Ginny digambarkan sebagai seorang remaja yang mempunyai watak yang lebih matang berbandingkan ibunya.

Ginny merasa sifat kekanakan ibunya adalah kerana dia berasal dari keluarga yang porak-peranda dan miskin. Selain daripada membincangkan isu kehamilan bawah umur, drama ini juga menyentuh isu sosial seperti kesihatan mental, cancel culture, white privilege dan isu perkauman. 

Sekiranya anda menyukai drama yang sarat dengan nilai kemanusiaan dan mampu menggugah emosi, ‘Ginny & Georgia’ adalah pilihan terbaik. - Sara Mack Lubis

 

‘Hometown Cha-Cha-Cha’ (Netflix)

Semenjak Kim Seon Ho meraih perhatian ramai dalam drama sebelumnya, ‘Start-Up’, kini, drama lakonan terbaharunya ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ yang ditayangkan di Netflix menerima sambutan hebat daripada penonton. Tambah menarik lagi, dia dipadankan dengan pelakon jelita Korea Selatan, Shin Min Ah.

Baru sahaja ditayangkan dua episod, drama tersebut kekal menduduki rating pertama iaitu 6.7 peratus di episod kedua berbanding 6.8 peratus di episod pertama. 

Ia mengisahkan tentang seorang doktor gigi iaitu Yoon Hye Jin yang berhenti kerja di kota kerana tidak mahu terlibat dengan klinik yang sengaja mengenakan cas rawatan yang berlebihan kepada pesakitnya. Dia kemudian membuka klinik sendiri di sebuah perkampungan di Gongjin. Di sanalah dia berjumpa Han Doo Shik yang ke hulu-hilir melakukan bermacam jenis pekerjaan. 

Selepas Yoon Hye Jin tidak sengaja mengutuk orang di kampung tersebut, Han Doo Shik membantunya untuk menjernihkan keadaan dan meyakinkan penduduk di sana bahawa wanita dari kota ini memang ikhlas membantu penduduk di situ. 

Apa yang menarik mengenai cerita ini selain dialog yang mengesankan dan pelakon yang berbakat ialah keindahan Gongjin yang dipaparkan dalam drama ini. Laut dan pantainya begitu cantik sekali! Jadi, anda kena tonton drama ini. - Wafa Aula - Getaran, 5 September 2021

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

TARA 10 bulan yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

4

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius