Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jatuh Cinta Suapan Pertama Di 123 Gasing

Tersembunyi di suatu sudut istimewa di Petaling Jaya, restoran 123 Gasing menawarkan hidangan makanan yang lazat berserta suasana sekeliling yang tenang dan cantik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 12:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kerajaan membenarkan para penerima vaksin yang sudah lengkap dos kedua untuk makan di restoran, ramai warga kota dilihat kembali rancak mencari restoran ataupun kafe yang menyajikan makanan enak.

Selepas berbulan terperap di rumah dek perintah kawalan pergerakan, tekak pastinya teringin menikmati makanan yang mungkin agak sukar untuk dimasak sendiri di rumah. 

Jika anda berkelapangan untuk mencuba sesuatu yang baru dan enak, apa kata anda singgah di restoran 123 Gasing yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya ini.

Mengimbas kembali detik pertama penulis mengetahui mengenai restoran ini adalah ketika berkunjung ke rumah seorang teman.

Dia menghidangkan sepotong pai ceri kepada saya. Suapan pertama telah membuatkan saya jatuh cinta dengan rasanya yang sungguh enak. Lantas saya mendapatkan maklumat si pemilik pai yang lazat ini.

Kek Keju Bersama Buah Ceri
Kek Keju Bersama Buah Ceri

Janji temu di atur bersama pemilik kafe ini iaitu Puan Effa. Namun kata Puan Effa, suaminya Sebastian yang berasal dari Perancis lebih petah berbicara soal bisnes. Jadi kami bertemu di petang Jumaat untuk sesi wawancara.

Berpeluang menjejakkan kaki buat pertama kali di kafe ini, saya sudah mula teruja melihat susunan aneka jenis kek dan pastri yang tersusun indah sebaik melangkah masuk. 

Rambang mata juga dibuatnya apabila melihat senarai menu yang terpampang di kaunter. Kafe ini mengamalkan servis pesan dan bayar di kaunter. 

Sejujurnya kalau diikutkan nafsu, ingin dicuba semuanya. Tetapi saya meminta kepada Puan Effa hidangan yang paling laris di kafe ini serta hidangan unik yang jarang didapati di restoran lain.

Puan Effa mencadangkan beberapa jenis menu antaranya Grilled Chicken Chop, Pasta Carbonara Turkey Ham With Egg Yolk, Double Trouble Beef Burger dan hidangan istimewa dari Perancis iaitu Moules Frites ( Kupang ).

Untuk pencuci mulut pula saya memilih Creme Brulee dan Kek Keju Bersama Buah Ceri.

Pada mulanya saya agak skeptikal dengan hidangan Chicken Chop. Maklumlah hidangan ini mudah didapati di mana-mana sahaja. Rasanya juga sudah boleh ditebak. 

Namun jangkaan saya meleset sama sekali. Chicken Chop yang disediakan di kafe ini nyata berbeza dan jauh lebih sedap. Daging ayam dimasak sempurna dan berjus.

Menurut Sebastian, rahsia untuk mendapatkan rasa dan tekstur ayam yang berjus adalah dengan menggunakan ayam segar. Hidangan ini dipadankan bersama kentang putar serta sayur lobak dan brokoli. Tidak hairanlah kenapa hidangan ini menjadi antara yang terlaris! 

Bila bercakap soal pasta terutamanya carbonara, pasti ada yang kurang menggemarinya kerana jika tersalah cara, boleh muak dibuatnya.

Saya juga merupakan salah seorang yang cerewet apabila bercakap soal pasta carbonara. Banyak kali saya 'terkena' apabila pasta yang dihidangkan tidak kena dengan tekak saya. Terlalu berkrim sehingga mengundang rasa muak selepas beberapa kali suapan.

Carbonara Turkey Ham With Egg Yolk
Carbonara Turkey Ham With Egg Yolk

Tetapi anda pasti jatuh cinta dengan Pasta Carbonara Turkey Ham With Egg Yolk yang disediakan disini. Suapan pertama terus membuatkan saya jatuh cinta. Rasanya yang lemak berkrim tetapi tidak keterlaluan. Terasa ringan di dalam mulut. Tidak sedar suapan demi suapan sudah masuk ke dalam mulut! 

Bagi anda yang merupakan penggemar burger daging, Double Trouble Beef Burger ini sememangnya wajib dicuba! Daging burger yang dibikin sendiri dilapiskan dengan ceraian daging brisket hasil air tangan Sebastian. Diapit pula bersama roti bun brioche buatan sendiri.

Double Trouble Beef Burger
Double Trouble Beef Burger

Suapan pertama terasa bagaikan satu sensasi di dalam mulut. Dagingnya begitu lembut dan diperisakan dengan baik sekali. Menurut Sebastian, hanya dia yang dibenarkan menyediakan daging untuk menu burger ini kerana tidak mahu rahsia resepi ini bocor ke tangan orang lain. 

Beralih ke hidangan seterusnya iaitu Moules Frites. Sebastian begitu bersemangat bercerita kepada saya tentang hidangan yang satu ini. 

Menurut Sebastian, hidangan ini merupakan sajian popular di kampung halamannya yang terletak di utara Perancis terutamanya ketika acara tahunan Braderie de Lille iaitu karnival pasar jalanan terbesar di sana yang dianjurkan setiap hari Ahad pertama bulan September.

Moules Frites
Moules Frites

Moules Frites merupakan hidangan kupang segar yang dimasak bersama mentega, bawang putih, tomato dan pasli. Enak dimakan sewaktu panas bersama roti. Ralit dibuatnya. 

Tidak sah jika sudah ke sini tetapi tidak mencuba aneka jenis kek dan pastrinya. Pilihan saya kali ini adalah Kek Keju Bersama Buah Ceri dan Creme Brulee. Kedua-duanya sungguh lazat. Tidak terlalu manis dan cair di mulut. Sememangnya wajib dicuba!

Aneka jenis manisan dan pencuci mulut
Aneka jenis manisan dan pencuci mulut

Terdapat banyak lagi menu yang menarik dan lazat disini seperti croissant yang dibakar segar setiap hari, sup cendawan yang menggunakan tiga jenis cendawan, salad dan aneka jenis minuman panas dan sejuk seperti kopi, teh dan sebagainya. 

Selain menu-menunya yang lazat, anda pasti tertarik dengan dekorasi hiasan dalaman kafe ini yang sungguh santai dan damai.

Menurut Sebastian, sewaktu mula beroperasi pada tahun 2015, dia agak terkejut dengan penerimaan pelanggan terhadap kafenya kerana mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. 

Lumrah orang berniaga, pasti ada pasang surutnya. Kafe ini tidak terkecuali dari berhadapan detik sukar saat dilanda pandemik COVID-19 sejak dari tahun lalu.

Namun pesanan makanan menerusi atas talian sedikit sebanyak membantu untuk mereka terus bernafas dalam perniagaan makanan ini.

Ditanya adakah hidangan dari kafe ini boleh dipesan melalui aplikasi popular membeli makanan atas talian? Kata pasangan ini, mereka tidak mahu kualiti makanan mereka terabai sekiranya makanan dari kafe ini diuruskan oleh tangan orang lain. Jadi mereka mengusahakan sendiri penghantaran makanan yang dipesan melalui aplikasi Whatsapp. 

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri keenakkan menu-menu Istimewa di kafe ini, jangan lupa untuk singgah di 123 Gasing yang terletak di 123, Jalan Gasing, Seksyen 10, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Anda juga boleh lawati akaun Instagram rasmi mereka iaitu 123Gasing. – Getaran, 4 September 2021

Semua gambar: Helmi Anuar

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Kisah Kita 4 bulan yang lalu

Dyslexia Cafe MY Bantu Tingkat Kesedaran Tentang Disleksia

3

TARA 5 bulan yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini