Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Percaturan Langkah Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon popular Nabila Razali berkongsi dengan TARA tentang bagaimana dirinya mengatur langkah dan berhadapan dengan dugaan dunia hiburan tempatan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 8:55AM

Semua gambar: Ihsan Pihak Pengurusan Nabila Razali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak lebih sedekad lalu, formula rancangan realiti seluruh dunia telah berjaya melahirkan ramai penghibur popular. Malah di awal era rancangan realiti, bintang-bintang yang muncul dari rancangan sedemikian sering digelar ‘bintang segera’ kerana kepantasan mereka mencipta nama dan meraih populariti sebaik sahaja keluar dari program-program tersebut.

Apatah lagi di zaman media sosial sekarang, langkah untuk bergelar artis popular jauh lebih mudah dari dahulu. Tidak terkecuali dari acuan dunia hiburan serba moden ini adalah Nur Nabila Mohd Razali yang lebih popular dikenali sebagai Nabila Razali.

Kemilau bintangnya bersinar mekar sejak bakatnya dikesan lewat rancangan realiti nyanyian nombor satu Malaysia, Akademi Fantasia (AF). Dipetik dari musim yang kesepuluh, gadis manis ini sekarang tersenarai sebagai salah seorang artis wanita yang paling dikenali di Malaysia.

Namanya meniti di bibir ramai peminat. Laman media sosialnya dibanjiri jutaan pengikut dan semangatnya untuk terus bertahan wajar dipuji biarpun kadang menerima kritikan hebat.

Sungguhpun pertama kali mencuri perhatian penonton di pentas AF, Nabila yang mesra menggelar dirinya Bella sebenarnya memang sudah lama meminati dunia nyanyian. 

“Bella memang suka menyanyi sejak kecil. Namun semasa melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Bella menyertai sebuah kumpulan busker dan dari situlah minat terhadap nyanyian berkembang sehingga Bella mula menyedari bahawa Bella suka membuat persembahan di depan orang ramai. Selepas itu Bella mengambil keputusan untuk menghadiri uji bakat AF yang akhirnya membawa Bella ke dunia hiburan hingga kini,” ucapnya membuka bicara.

Sungguhpun begitu, dirinya tidak pernah merancang untuk menjadi penghibur. Malah pelantun lagu popular ‘Pematah Hati’ ini sebenarnya pemegang ijazah Sarjana Muda Seni Bina USM dan ijazah Sarjana Seni Bina Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Bella tak rasa rugi sama sekali kerana menyelesaikan pengajian sampai sarjana. Biarpun takdir membawa Bella ke dunia hiburan, tidak mustahil kalau satu hari nanti Bella memulakan firma seni bina sendiri. Walaupun begitu Bella memang fokus kepada bidang hiburan sebagai kerjaya utama,” jelasnya lagi. 

Memilih bidang hiburan sebagai sumber rezeki sememangnya bukanlah sesuatu yang enteng, apatah lagi arena seni suara punya banyak cabaran. Dan dunia selebriti sarat dengan kontroversi, gosip dan seumpamanya. 

Namun Nabila bijak dalam mengatur langkah kerjayanya. Dirinya tidak mudah melatah dan kerap dibantu dengan sokongan ahli keluarga, kawan-kawan rapat dan pasukannya sendiri.

“Alhamdulillah, Bella bersyukur atas sokongan daripada semua pihak. Bella sedar masih banyak yang perlu dipelajari dan setiap detik manis mahupun pahit Bella terima serta ambil sebagai pengajaran. Tanpa setiap peritiwa itu Bella tak mungkin sampai di tahap sekarang."

"Biarpun kadang kritikan dan dugaan hebat melanda Bella tahu ada orang di luar sana lebih susah kondisi mereka berbanding apa yang Bella hadapi. Jadi pemikiran seperti itulah yang menguatkan Bella untuk terus bertahan."

"Kalau semua orang di keliling Bella sering mendoakan supaya kerjaya dimudahkan serta mempercayai kemampuan Bella, tak mungkin Bella hilang keyakinan pada diri sendiri. Lantas, tidak wujud perkataan putus asa dalam kamus hidup Bella. Selagi orang masih bertanyakan tentang perkembangan Bella, selagi itulah Bella akan terus berkarya,” katanya.

Itu semua jelas terbukti selepas lagunya ‘Peluang Kedua’ berjaya melayakkan diri ke pentas akhir berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35.

“Sejujurnya, dapat masuk ke peringkat separuh akhir pun Bella dah bersyukur. Tak sangka sampai mampu ke pentas akhir,” jelasnya.

Malah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan semula baru-baru ini ada hikmahnya buat Nabila.

“Seperti diketahui umum, Bella sebelum ini ada masalah dengan peti suara Bella. Doktor pesan supaya berehat. Gara-gara itu Bella tak dapat membuat persembahan di konsert separuh akhir Muzik Muzik. Namun oleh kerana PKP terbaharu diwujudkan semula, tarikh AJL terpaksa dianjakkan ke 14 Mac nanti dan ini memberi peluang untuk Bella berlatih dan membuat persiapan secukupnya untuk hari besar itu kelak,” jelas Bella lagi. 

Sangat teruja dan gembira untuk membuat persembahan di AJL nanti, dirinya tidak menafikan bahawa ada perasaan gemuruh serta gementar setelah lama tidak menyanyi di depan orang ramai. 

“Semoga dengan waktu yang bertambah ini suara Bella sempat pulih seperti sediakala. Insya-Allah,” doanya sambil mengulas tentang AJL yang bakal tiba.

Selain menyanyi Nabila juga seorang pelakon yang berbakat. Sudah banyak juga drama lakonannya yang mencuri perhatian peminat siri televisyen tempatan.

“Walau bagaimanapun, nyanyian tetap cinta pertama Bella. Lakonan ada kepuasannya. Namun ia berbeza. Tak sama dengan kepuasan yang Bella dapat tika menyanyi di pentas. Bella suka melihat orang ramai menyanyi lagu Bella bersama dan berkongsi perasaan mereka kala Bella mendendangkan lagu untuk mereka,” ujarnya.

Turut menyimpan impian untuk bergelar usahawan, Nabila memberitahu bahawa langkah seterusnya dalam kerjayanya adalah memulakan perniagaannya sendiri.

“Bella sangat berharap yang Bella mampu menjadi seseorang yang berjaya di bidang perniagaan dan menjadi ikon kepada anak-anak muda yang sentiasa mengikuti gerak-geri Bella,” tambahnya lagi mengenai percaturan kerjayanya.

Kala ditanya soal kekasih hati dan percintaan pula, Nabila tidak segan untuk menjawab dengan jujur.

“Saya memang belum ada kekasih, tapi kalau ada yang ingin mengenali hati budi Bella, Bella tak akan menolak. Cuma fokus Bella sekarang adalah kerjaya dan keluarga Bella. Soal jodoh, Bella yakin kalau sudah tiba masanya pasti tak akan ke mana. Cepat atau lambat sahaja. Semuanya sudah ditentukan Tuhan dan kita hanya perlu mempercayai ketentuanNya,” bingkasnya menutup bicara.

Semoga bakatnya terus berkembang mekar dan kami di TARA yakin Nabila Razali akan terus mewarnai dunia hiburan dengan lebih banyak kejutan selepas ini. - Getaran, 20 Februari 2021.

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Nabila Razali

Editor GETARAN.MY : M.Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Shah Shamshiri

Penyunting : Ili Farhana

Rekaletak: Hanif Zahari

Busana : Milik Nabil Razali

Solekan: Diamaira Onn

Jurugambar : Bustamam Mokhtar

Lokasi : White Studio

Terima kasih Encik Ash dan seluruh pengurusan Nabila Razali

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini