web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Resipi Kek Lazat Untuk Hujung Minggu Anda

Sedang mencari aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak di rumah hujung minggu ini? Apa kata cuba salah satu, atau semua resipi kek ini.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 9:10AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujung minggu adalah hari untuk anda sekeluarga menghabiskan masa bersama-sama. Biarpun ramai yang bekerja dari rumah dan anak-anak hanya mengikuti pembelajaran dalam talian, namun hanya Sabtu dan Ahad masing-masing boleh bersenang-lenang.

Jadi apa menu istimewa anda kali ini? Jika masih belum punya idea, apa kata cuba tiga menu kek lazat daripada Chef Anis Nabilah ini. Boleh makan sepuas-puasnya dan ajak anak-anak untuk sama-sama menyediakannya. Pasti seronok!

Kek Cawan Onde-Onde 

Bahan-bahan:

80gm tepung naik sendiri

40gm tepung gandum

½ sudu kecil soda bikarbonat

⅓ cawan kelapa kering

100gm mentega

100gm gula perang

4 biji telur

½ cawan santan pekat

2 sudu kecil ekstrak pandan 

Aising Kek:

95gm gula asiing

⅓ cawan kelapa parut kering, disangai

175gm krim keju (cream cheese)

1 sudu kecil ekstrak pandan 

Inti karamel:

Gula Melaka

1 cawan krim

½ cawan Air

Garam laut

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Sediakan inti karamel, cairkan gula melaka bersama air dan garam. Setelah cair, masukkan krim dan kacau pada api perlahan sehingga ia likat. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik dan sediakan adunan kek cawan.

2. Letakkan cawan kertas ke dalam dua loyang kek cawan 12 lubang. Dalam mangkuk sederhana tambahkan tepung, soda bikarbonat, dan kelapa kering dan gaulkan sehingga rata. Ketepikan seketika.

3. Pukul mentega dengan gula perang dan garam mengunakan pengadun kek sehingga kembang (kelajuan tinggi).

4. Masukkan telur, satu demi satu dan adunkan pada kelajuan sederhana. Setelah sebati, masukkan ekstrak pandan.

5. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit dan kacau pada kelajuan rendah. Setelah sebati, masukkan santan.

6. Tuangkan adunan lebih kurang dua sudu besar ke dalam setiap kertas kek cawan. Bakar selama 15- 18 minit atau sehingga kek tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sepenuhnya.

7. Sediakan aising kek dengan memukul krim keju dan gula aising dengan menggunakan pengadun kek sehingga kembang. Tambah ekstrak pandan dan kacau dengan sebati.

8. Buat lubang di tengah-tengah setiap kek cawan menggunakan hujung icing tip. Tekan bahagian bawah hujung icing tip pada permukaan kek cawan, dan keluarkan bahagian tengah tersebut untuk membuat lubang (lubangkan separuh ketinggian cupcake sahaja). Paipkan karamel yang telah sejuk pada suhu bilik di bahagian tengah-tengah kek cawan tadi, dan paipkan juga aising ke atas kek. Salutkan aising dengan kelapa parut yang telah disangai.

9. Sedia dihidangkan.

Kek Nanas Terbalik

Bahan-bahan:

250gm mentega

200gm gula kastor

250gm tepung naik sendiri

4 biji telur

1 sudu teh esen vanila

1 tin nanas bulat dalam sirap

6-8 ceri glazed

2 sudu besar gula perang halus

Cara penyediaan:

1. Panaskan oven pada 180 ° C. Sapukan mentega pada loyang kek bulat. Taburkan gula perang dan susunkan nanas dan ceri di atasnya .

2. Dengan mengunakkan pengadun elektrik, adunkan mentega, gula kastor dan vanila di dalam mangkuk sederhana pada kelajuan sederhana tinggi sehingga kembang.

3. Tambah telur dengan satu persatu, dan tambahkan tepung separuh daripada kuantiti yang diperlukan. Kacau hingga sebati. Tambah sirap nanas separuh daripada kuantiti. Kacau hingga sebati. Ulang langkah ini dengan baki tepung dan sirap.

4. Campuran adunan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi. Bakar selama 45 minit. Hidangkan.

Kek Bundt Cokelat Kurma (Chocolate Kurma Bundt Cake)

Bahan-bahan:

170gm mentega tanpa garam

25gm serbuk koko

240gm tepung naik sendiri

250gm kurma, dibuang biji dan dicincang

180ml air panas

20gm serbuk kopi segera

1 sudu kecil garam

¼ sudu kecil serbuk kulit kayu manis

¼ sudu kecil serbuk buah pelaga

1 ½ sudu kecil soda bikarbonat

150gm gula perang

4 biji telur

150gm coklat kurang manis (semisweet), cincang kasar

Bahan- bahan salutan (glaze):

60gm mentega tanpa garam

80gm gula perang

Garam halus garam

120ml krim (double cream)

180gm coklat kurang manis (semisweet), dicincang

Cara Penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. Sapukan sedikit mentega pada bundt pan (atau loyang cake biasa) yang berukuran ‘9-cup’ taburkan sedikit tepung pada loyang, ratakan dan buangkan lebihan.

2. Masukkan kurma, air panas, serbuk kopi, serbuk koko ke dalam mangkuk, kacaukan sehingga rata dan biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit, kisarkan kesemuanya dan campurkan soda bikarbonat dan dan ketepikan seketika.

3. Menggunakan mangkuk berlainan, gaulkan tepung, garam, serbuk kulit kayu manis, dan buah pelaga.

4. Dengan menggunakan pengadun elektrik, pukulkan mentega bersama gula perang sehingga kembang, masukkan telur satu demi satu. Setelah sebati masukkan campuran tepung tadi diselang-selikan dengan campuran kurma yang telah diketepikan. Akhiri dengan campuran kurma. Masukkan coklat yang telah dicincang dan gaulkan sehingga rata.

5.Tuangkkan adunan ke dalam bundt pan atau loyang kek dan bakar di dalam ketuhar selama 45 minit atau sehingga masak (cucukkan lidi di tengah-tengah kek dan jika tiada sisa melekat pada lidi, maknanya ia telah masak). Setelah masak terbalikkan cake di atas redai kek untuk sejukkannya.

6. Sediakan salutan kek. Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan gula perang dan garam. Kacau sehingga gula cair dan masukkan krim. Gaulkan sehingga gula cair dan masukkan coklat. Kacaukan sehingga rata dan tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan. Hiaskan dengan buah-buahan atau bunga yang boleh dimakan.

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu. - Getaran, 20 Februari 2021

Semua gambar: Facebook dan Instagram Chef Anis Nabilah

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

18 Sebab Sempurna Untuk Menikmati Kek!

2

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

3

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini