Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelembap Wajah Itu Mesti Kalau Mahu Tampil Menawan

Pelembap muka itu penting! Carilah yang paling sesuai denganmu untuk tampil lebih menawan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 9:00AM

Gambar: Noah Buscher, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Selain idamkan tubuh menawan, wanita juga impikan kulit yang licin, mulus dan sihat berseri. Jerawat adalah musuh yang harus ditentang habis-habisan. Jadi, tidak hairanlah kaum wanita sanggup berhabis ribuan Ringgit untuk mendapatkan kulit idaman. 

Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat berseri, selain mencuci dan menyegarkan, anda juga mesti menggunakan pelembap wajah. Kulit wajah yang kering boleh mencacatkan penampilan serta mempercepatkan penuaan. Jadi, jangan sesekali meninggalkan pelembap wajah jika ingin tampil menawan. Solekan tebal bukanlah pilihan yang bijak kerana ia seperti menipu diri sendiri!

Mencuci muka memang penting dilakukan setiap hari agar wajah tetap bersih dan terasa segar. Tetapi tahukah anda mencuci sahaja tidak mencukupi kerana buih atau sabun pembersih wajah yang anda gunakan mampu mengikis kelembapan semula jadi kulit wajah. Akibatnya, muka menjadi kering. Selain itu, terlalu lama berada di dalam ruang berpendingin hawa juga mengundang masalah kulit kering. Lebih-lebih lagi jika anda kurang minum air kosong. Dek itulah, anda harus menggunakan pelembap wajah pada setiap hari.

Gambar: Anastasiia, Unsplash
Gambar: Anastasiia, Unsplash

Pelembap berfungsi untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah. Protein ini diperlukan agar kulit tetap lembap, halus, dan sihat berseri. Pengunaan pelembap boleh membantu meningkatkan kadar pH dan produksi keratin, sehingga kulit menjadi lembap. Berikut antara manfaat pelembap kulit jika digunakan secara rutin:-

1. Membekalkan nutrisi

Selain melembapkan, pelembap juga biasanya mengandungi pelbagai jenis vitamin yang diperlukan agar kulit wajah tetap cantik dan sihat. Misalnya seperti, vitamin A dan B5 yang dapat meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit. Antioksidan, vitamin C, dan vitamin E bermanfaat untuk melindungi kulit dari kerosakan. 

2. Kulit tampil awet muda 

Seperti yang telah dimaklumkan awal-awal tadi, kulit kering menyebabkan wajah kelihatan lebih tua daripada usia. Bagi sesetengah individu, kulit kering adalah kesan sementara akibat cuaca buruk dan perubahan hormon. Namun, apabila kulit dibiarkan kering dan produksi minyak semakin berkurang, maka lama-kelamaan akan muncul tanda-tanda penuaan pada kulit wajah, seperti garis-garis halus, pigmentasi dan juga tona kulit yang tidak sekata. 

Jadi, penggunaan pelembap secara rutin boleh menjaga kulit tetap terhidrasi, sehingga mampu memperlahankan tanda-tanda penuaan. Satu tip anda perlu tahu, mengurut wajah dengan lembut ketika mengaplikasi pelembap membantu merangsang peredaran darah dan pembentukan sel-sel baru. Inilah yang membuatkan anda kelihatan awet muda.

3. Membantu kulit berfungsi dengan baik

Apabila kulit wajah terhidrasi dengan baik, maka lapisan perlindungan kulit boleh berfungsi dengan baik. Lapisan perlindungan kulit ini sangat penting kerana ia berfungsi untuk memelihara lapisan kulit yang lebih dalam daripada pencemaran luar. Selain itu, kulit wajah yang terjaga kelembapannya boleh membantu kulit menjadi lebih cerah dan bersinar, menghalang jerawat, menyegarkan dan juga menghalang pigmentasi.

4) Melindungi kulit wajah daripada sinar ultraviolet

Pelembap wajah juga memiliki fungsi yang penting untuk menjaga atau melindungi kulit wajah daripada paparan sinar ultraviolet. Seperti yang anda sedia maklum, sinar ultraviolet sangat merbahaya kepada kesihatan kulit kerana ia mampu menyebabkan iritasi dan lebih parah lagi, kanser kulit. Walaupun pada dasarnya pelembap berfungsi untuk memelihara kelembapan kulit, namun penggunaan produk kecantikan ini sangat diperlukan demi kesihatan kulit yang maksimum. 

Jadi, jangan malas menggunakan pelembap setiap hari ya, agar kulit wajah anda sentiasa cantik dan sihat. Jika kulit wajah anda sangat sensitif dan sering bermasalah, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar kulit di klinik-klinik atau hospital berhampiran. 

Produk terbaru di pasaran

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering dan sensitif sehingga sukar untuk dipulihkan walaupun telah mencuba pelbagai cara, sudah tiba masanya untuk memanggil senjata utama-- seramida (ceramides). Seramida adalah pelindung semula jadi kulit yang bertindak sebagai pertahanan kulit terhadap pencemaran alam dan mengekalkan tahap kelembapan kulit

Seramida berfungsi sama seperti kolagen, ia memainkan peranan penting untuk melindungi kulit daripada faktor persekitaran. Seramida membina lapisan pelindung pada kulit yang rosak dan mengunci kelembapan. Seiring bertambahnya usia, kulit akan kehilangan seramida sehingga menyebabkan keanjalan dan kelembapan kulit semakin berkurangan. Lama kelamaan, ia memerlukan benteng untuk terus kuat.

Bagi yang sedang mencari-cari produk rawatan wajah untuk mengatasi masalah kulit kering, mungkin anda boleh mencuba produk daripada Dr. Jart + Ceramidin™ yang telah lama menjadi kegemaran dan mendapat pujian di kalangan pencinta kecantikan, termasuklah supermodel Gigi Hadid. 

Dr. Jart + Ceramidin™ melembap jauh dan menguatkan pelindung semula jadi kulit sambil meningkatkan kelembapan kulit. Dilengkapi dengan 5-Cera Complex, ia sangat berkesan untuk menguatkan kulit dan mencegah kekeringan pada iklim yang ekstrem.

Boleh didapati dalam tekstur berbeza, rangkaian produk ini sesuai untuk kulit normal hingga sangat kering dan sangat berkesan untuk anda yang mengalami kekeringan, kegatalan, dan ketidakselesaan kulit. Dr. Jart + Ceramidin™ boleh didapati di semua stor kecantikan Sephora Malaysia atau www.sephora.my - Getaran, 20 Februari 2021

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

2

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

3

TARA 1 tahun yang lalu

Formulasi Ahli Farmasi Perancis Untuk Kesihatan Kulit Idaman

4

TARA 1 tahun yang lalu

Lelaki Juga Perlu Titik Beratkan Penjagaan Diri Dan Wajah

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius