web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atlet Paralimpik Impi Doa Rakyat Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:40AM

Atlet paralimpik Sarawak sedia mengibar cabaran negara bersaing pada Sukan Paralimpik Tokyo mulai  24 Ogos hingga 5 September ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Mereka jarang disanjung, jauh sekali disebut-sebut seperti rakan-rakan lain, namun hakikatnya semangat perjuangan yang mengalir tetap padu dan jitu.

Meski menyedari seringkali dipinggirkan, atlet Paralimpik negara kekal bersemangat, malah berupaya mencipta kejutan luar biasa, seperti disaksikan di temasya Olimpik Rio, lima tahun lalu.

Perenang paralimpik kebangsaan yang juga anak watan negeri ini, Jamery Siga melahirkan harapan untuk meraih doa seisi rakyat, demi kejayaan di Sukan Paralimpik Tokyo, bermula 24 Ogos hingga 5 September nanti.

Katanya ketika ditemui, kesemua atlet para yang berasal dari Sarawak sudah bersiap-sedia mengharungi temasya yang diadakan empat tahun sekali itu.

“Kita akan cuba fokus dan mempamerkan aksi terbaik dan membawa balik pingat untuk negara.

“Kami pohon doa seluruh rakyat, khususnya warga Sarawak agar mendoakan kejayaan kami,” katanya kepada Getaran di sini.

Janji Jamery, dia akan berusaha sedaya upaya bagi menaikkan nama negara, apatah lagi sudah bersedia sepenuhnya untuk melangkahkan kaki ke temasya berprestij dunia itu.

“Saya sudah melakukan latihan dan persiapan yang rapi untuk beraksi dalam acara kegemaran 50 meter kupu-kupu.

“Saya berharap segala penat-lelah latihan dan persediaan akan berakhir dengan sebutir pingat,” ujarnya.

Selain Jamery, empat lagi atlet para Sarawak  turut terpilih mewakili negara pada Sukan Paralimpik Tokyo, dalam berapa disiplin lain.

Mereka dibarisi dua jaguh angkat berat, Bonnie Bunyau ak Gustin (72 kilogram ke bawah) dan Jong Yee Khee (107 kilogram ke bawah).

Turut menggalas perjuangan tersebut ialah Nur Syaiful Zulkafli yang akan bersaing dalam acara 50, 100 dan 200 meter gaya bebas serta 100 meter kuak dada.

Wiro ak Julin pula akan bersaing dalam acara memanah (compound). - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad