web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kane? Tiada Masalah Bagi Tottenham Tumpaskan Man City

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 9:11AM

Son meraikan jaringannya yang memberikan Tottenham kemenangan ke atas City. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Pep Guardiola berkata Manchester City tidak akan panik hingga membeli Harry Kane pada harga yang tinggi walaupun kalah 1-0 kepada Tottenham dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris mereka.

Kane tidak disenaraikan dalam skuad Spurs kerana lewat pulang ke latihan pra musim dalam usahanya untuk memaksa perpindahan ke juara liga musim lepas itu.

Tetapi Tottenham masih mampu memberikan Nuno Espirito Santo permulaan baik dengan Son Heung-min menjaringkan gol sulung perlawanan pada minit ke-55.

“Sergio Aguero telah meninggalkan kami, tapi skuad ini mengandungi anggota yang sama dengan mereka yang menjuarai liga musim lepas.

“Kami boleh mencipta peluang dan menjaringkan gol, jadi kami perlu lakukan itu,” kata Guardiola.

Dalam perlawanan awal, West Ham dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-2 ke atas Newcastle di hadapan 50,000 penyokong di St James’ Park.

Callum Wilson membuka jaringan untuk Newcastle dengan tandukan daripada umpanan Allan Saint-Maximin.

Aaron Cresswell menyamakan kedudukan sebelum Jacob Murphy mengembalikan kelebihan kepada tuan rumah sebelum tamat babak pertama.

Bermulanya babak kedua anak buah David Moyes menunjukkan kenapa mereka menamatkan musim lepas di tangga keenam di hadapan Tottenham dan Arsenal.

Newcastle gagal mengekang penyerang West Ham Said Benrahma dan Michail Antonio.

Mereka bekerjasama untuk Benrahma menjaringkan gol penyamaan West Ham untuk kedudukan seri 2-2.

Penjaga gawang Newcastle Freddie Woodman, dalam penampilan pertamanya di liga, menyelamatkan penalti Antonio tetapi Tomas Soucek menyudahkan bola yang muntah untuk memberi West Ham kelebihan.

Tiga minit kemudian Benrahma memberi umpanan kepada Antonio dalam satu serangan balas yang pantas untuk pemain Inggeris itu melengkapkan jaringan buat West Ham. - AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad