web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak United Tekad Rampas Kembali Takhta Liga

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Aug 2021 8:23AM

Christie Jayasellan tidak beraksi menentang Perak FC II malam ini selepas digantung perlawanan. - Gambar dari Sarawak United

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Ketiadaan dua pemain sayap, Christie Jayasellan yang digantung perlawanan dan Ashri Chuchu yang terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan merencatkan persiapan Sarawak United FC (SUFC) menghadapi saingan Perak FC II.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam saingan Liga Premier 2021 di Stadium Bolasepak Cheras jam 9 malam ini.

Penolong Ketua Jurulatih SUFC, Safri Amit tetap optimis, pemain lain yang bakal mengisi kekosongan ditinggalkan dua tonggak itu mampu menggalas tanggungjawab diberikan.

“Kita tiada pilihan lain, kita mesti meraih tiga mata mutlak untuk kembali merampas kedudukan takhta liga.

“Jika tewas kita akan tercicir mata dan sukar mengekori Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan untuk merealisasikan impian menjuarai Liga Premier tahun ini,” katanya kepada Getaran.

Untuk itu, Safri menagih fokus dan aksi terbaik pemain dalam memburu kemenangan kesembilan.

“Kita mesti ‘all out’ dalam perlawanan ini, fokus kepada perlawanan dan tidak membuat kesilapan yang membolehkan lawan menjaringkan gol.

“Persiapan setakat ini berjalan dengan lancar, pemain juga jelas bersemangat untuk turun beraksi,” ujarnya.

Beliau percaya jika pemain mengekalkan disiplin dan mengikut apa yang telah dirancang, tiga mata pasti menjadi milik SUFC.

Sarawak United kini berada di kedudukan ketiga liga dengan mengutip 28 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.

TFC II kini berada di puncak liga dengan mengumpul 29 mata selepas mengharungi 16 aksi dan berkongsi mata bersama Negeri Sembilan FC di tempat kedua. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Rekod Tanpa Kalah Sri Pahang FC Lebur, Selangor FC Terus Derita

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Negeri Sembilan FC Terus Bagi Saingan Kedudukan Liga Super

3

Sukan 3 tahun yang lalu

JDT Tetap Garang Tanpa Mora, NS Rampas Kedudukan Ketiga

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sabah Terus Beri Tekanan Kepada JDT Di Puncak Liga Super

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad