Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Rekod Tanpa Kalah Sri Pahang FC Lebur, Selangor FC Terus Derita

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 7:30AM

Aksi pemain pasukan PJ City FC Darren Yee Deng Lok (kiri) diasak pemain pasukan Selangor FC ketika perlawanan Liga Super, PJ City FC menentang Selangor FC - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC (TFC) menyekat hasrat Sri Pahang FC untuk melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super kepada enam perlawanan selepas menang tipis 2-1 pada pertembungan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi.

Beraksi di laman sendiri, skuad Tok Gajah yang merekodkan empat kemenangan dan satu seri dalam lima aksi terakhir bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan menerusi penyudah Manuel Hidalgo yang tidak dikawal dalam kotak penalti pada minit ke-47.

Pasukan pelawat dibimbing Mohd Nafuzi Mohd Zain tidak mudah menyerah kalah apabila bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-73 selepas Habib Haroon berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan Sri Pahang untuk menanduk masuk sepakan penjuru Petrus Shitembi.

Shitembi kemudian muncul wira TFC pada minit ke-87 selepas rembatannya yang tertampan kaki pertahanan Sri Pahang, menyaksikan bola melambung tinggi sebelum menjunam ke gawang menewaskan penjaga gol Mamadou Samassa sekali gus menjadi gol kemenangan TFC.

Selepas 16 perlawanan, TFC kini di tangga keempat mengumpul 26 mata sementara Sri Pahang yang telah mengharungi 17 aksi di kedudukan kelima dengan 21 mata.

Pada masa sama, jaringan tunggal penyerang kebangsaan Darren Lok pada minit ke-59 sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga kepada Petaling Jaya (PJ) City FC yang mengatasi Selangor FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ia adalah kekalahan keempat berturut-turut Selangor FC yang kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 16 mata daripada 15 perlawanan dan berkongsi mata dengan PJ City yang berada di kedudukan kesepuluh selepas 17 aksi.

Sementara itu, pendahulu Liga Premier, Kelantan FC kempunan membawa pulang tiga mata selepas terimat 2-2 berdepan Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Muhammad IV.

Kelantan bermula baik dengan mendahului 2-0 seawal 15 minit pertama menerusi jaringan Nurshamil Abd Ghani pada minit kelima dan Dzulfahmi Abdul Hadi (minit ke-12), namun Wan Fazli Wan Ghazali menjadi duri dalam daging selepas meledak dua gol pada minit ke-33 dan ke-39 untuk mengikat kedudukan sehingga wisel penamat.

Di Stadium Perak, Ipoh, Skuad Projek FAM-MSN akhirnya berjaya mendapatkan tiga mata pertama musim ini selepas bangkit membenam Perak FC 3-1

Tiga jaringan Skuad Projek FAM-MSN masing-masing dijaringkan Amirul Akmal Safarinizam pada minit ke-42, Izzat Zikri Iziruddin (minit ke-56) dan Farris Izdiham Awang Kechik (minit ke-60) manakala gol sagu hati pasukan tuan rumah hadir menerusi Stipe Plazibat pada minit keenam.

Dalam pada itu, jaringan Feroz Baharudin pada minit kesembilan dan dua jaringan Daryl Sham pada minit kesepuluh dan ke-67 membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) II menewaskan PDRM FC 3-0 ketika bertandang ke Stadium UiTM, Shah Alam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

3

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Sukan 3 hari yang lalu

Legenda Double Treble Bantu KDA FC Hadapi Saingan Musim 2024

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM