web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Negeri Sembilan FC Terus Bagi Saingan Kedudukan Liga Super

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 6:50AM

Gustavo Almeida (kiri) bersama rakan sepasukan Matheus Alves Leandron meraikan jaringan buat Negeri Sembilan FC. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Negeri Sembilan FC terus memberikan tentangan sengit dalam perebutan kejuaraan Liga Super setelah menewaskan Petaling Jaya City FC (PJ City) 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Gustavo Dos Santos muncul wira pasukan itu, selepas meledak dua gol masing-masing pada minit ke-11 dan minit ke-62, bagi memastikan skuad kendalian K Devan itu terus merapatkan jurang mata dengan dua pasukan teratas liga.

PJ City yang bermain di halaman sendiri ternyata gagal memanfaatkan peluang itu, sebaiknya apabila tidak berhasil menjaringkan sebarang gol sehingga wisel penamat ditiup.

Di TERENGGANU, Terengganu FC (TFC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan Sarawak United, pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Skuad Penyu berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi pemain import kelahiran Liberia, Kpah Sherman pada minit ke-71.

Di MELAKA, Melaka United terpaksa berpuas hati mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi di Stadium Hang Jebat.

Melaka United terlebih dahulu mendahului dengan dua gol masing-masing disumbangkan Ifedayo Olusegun pada minit ke-38 dan Adriano Narcizo minit ke-51, sebelum dikejutkan dengan jaringan penyamaan pemain Sri Pahang, David Rowley (minit ke-87) dan Shahrul Nizam Nadzir (minit ke-90).

Sementara dalam aksi Liga Premier, jaringan tunggal Muhammad Feroz Baharudin pada babak pertama memasuki minit kecederaan, memastikan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) menewaskan Perak FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru.

Kelantan FC pula menewaskan PDRM FC 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad