web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KCFC Harap Tuah Di Bumi Sendiri

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:40PM

Pemain KCFC menjalani latihan tatkala berdepan dengan jadual ketat Liga Premier 2021

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Skuad Kuching City FC (KCFC) mengharapkan tuah di bumi sendiri sebagai azimat bagi melakar kemenangan walaupun menempuh jadual ketat Liga Premier 2021.

Berdasarkan jadual terkini, KCFC akan menempuh sebanyak 10 perlawanan dengan aksi pertama menentang Terengganu FC II pada 15 Ogos ini di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Skuad itu dijadual menamatkan kempen menentang Perak FC II di tempat yang sama pada 18 September depan, dan sememangnya pasukan kendalian Irfan Bakti itu berdepan tugas getir, jika dilihat di atas kertas.

Iswandi Ali Hassan
Iswandi Ali Hassan

Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan bagaimanapun optimis anak buahnya mampu melakar kejutan.

“Memang kita akui, tugas berat menanti pemain kerana perlu mengharungi banyak perlawanan dalam tempoh sebulan ini.

“Namun, saya percaya semangat berpasukan yang ada dalam KCFC menjadi bekalan azimat kepada pemain untuk memberikan cabaran dan mengutip mata," katanya kepada Getaran hari ini.

Yakin dengan kemampuan pemain dan kelebihan beraksi di laman sendiri, Iswandi pasti ia mampu menyuntik semangat mereka untuk menampilkan persembahan cemerlang, agar tidak tercicir mata dihajati.

KCFC ketika ini menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 10 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Mengulas aksi menentang Terengganu FC II, Iswandi mengakui tugas sukar dihadapi pasukannya namun misi mereka kekal sama iaitu memburu tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Untuk rekod, semua 10 perlawanan KCFC pada pusingan kedua akan diadakan di Stadium Negeri, Petra Jaya selepas skuad itu menamatkan semua perlawanan pada pusingan pertama di tempat lawan.

Hanya perlawanan terakhir menentang Perak FC II bermula jam 9 malam manakala selebihnya akan bermula pada 4.15 petang. - Getaran, 12 Ogos 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad