web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu FC Semakin Rapat Dengan JDT Selepas Tumpaskan Sri Pahang FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 8:18AM

David Da Silva meraikan jaringannya menentang Sri Pahang. - Gambar dari Facebook TFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC (TFC) semakin hampir untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu carta Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah menewaskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

Skuad kendalian Mohd Nafuzi Zain membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi pemain import David Da Silva bagi meletakkan pasukan itu di depan.

Skuad Penyu tidak menunggu lama menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri dan Faisal Abdul Halim menambah jaringan pasukan tuan rumah pada minit ke-24.

Dengan kemenangan ini Skuad Penyu menduduki tangga kedua carta Liga Super, lima mata di belakang JDT yang menerajui liga dengan 42 mata.

Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini menyaksikan Kuala Lumpur City FC membawa bekalan tiga mata penuh selepas menundukkan Petaling Jaya City FC 1-0 hasil jaringan Paulo Josue pada minit ke-31.

Sementara itu pertemuan  Penang FC menentang Melaka United berkesudahan dengan keputusan pasukan tuan rumah menang 2-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Jaringan sulung pasukan tuan rumah pada minit ke-75 disumbang melalui sepakan penalti Rafael Vitor dan Sheriddin Boboev berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan sebelum perlawanan berakhir sementara gol tunggal Melaka United FC hadir menerusi Giovane Gomes pada minit ke-89.

Bagi aksi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pula menyaksikan UiTM FC meraih kemenangan sulung Liga Super malam ini apabila menewaskan Perak FC, 2-0.

Gol dijaringkan Sean Gan Giannelli pada minit ke-29 sebelum Mohamad Shafiq Al-Hafiz Dawawi memastikan kemenangan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-73.

Di Kuching dalam aksi Liga Premier, Sarawak United yang bertemu Kelantan FC menang 3-1 dalam aksi berlangsung di Stadium Negeri.

Perlawanan antara Selangor FC II dengan Perak FC II pula berakhir dengan keputusan 0-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sementara aksi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menyaksikan pasukan itu berpesta gol menewaskan skuad Projek FAM-MSN 5-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar