web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Firdaus Dikejar Ke Hospital, Mengadu Sakit Di Bahagian Tulang Rusuk

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 6:09PM

Muhammad Shah Firdaus terpaksa dikejarkan ke hospital selepas berlanggar dengan Jack Carlin dari Great Britain, di Sukan Olimpik Tokyo, hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terlibat dalam kemalangan ketika saringan acara keirin di Velodrom Izu, dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo di Shizouka.

Pelumba kelahiran Muar, Johor itu terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua acara berkenaan, setelah berlanggar dengan Jack Carlin dari Great Britain, yang memenangi pingat gangsa acara pecut semalam.

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill berkata Muhammad Shah Firdaus dikejarkan ke hospital berkenaan setelah pasukan perubatan penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 mendapati tahap oksigen pelumba berusia 25 tahun itu rendah.

“Setelah terbabit dalam kemalangan semasa perlumbaan saringan, Shah Firdaus mengadu sakit di bahagian tulang rusuk kiri, namun beliau mahu juga berlumba di pusingan repechages,” katanya ketika dihubungi di sini.

Amarjit, yang berada di Shizouka, kira-kira 175km dari bandar raya ini, bagaimanapun berkata pada masa ini, pasukan perubatan di hospital berkenaan masih menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas Muhammad Shah Firdaus.

“Buat masa ini, kita belum tahu keadaan Shah Firdaus,” katanya. 

Muhammad Shah Firdaus, yang terbabit dalam kemalangan pada saringan kedua acara keirin, bangkit menampilkan kayuhan bertenaga untuk mara ke peringkat suku akhir selepas menduduki tempat kedua dalam Saingan Satu pusingan pertama repechages di belakang Kwesi Browne dari Trinidad and Tobago.

Kejayaan itu menyaksikan pelumba berumur 25 tahun itu melakar perkembangan membanggakan dalam penampilan sulungnya dalam acara keirin Olimpik, terutama apabila beliau ‘terselamat’ di Saringan Dua pusingan pertama selepas berlanggar dengan Carlin.

Kemalangan itu turut menyaksikan Muhammad Shah Firdaus mengalami kecederaan bahu kiri akibat perlanggaran dan terpaksa menarik diri daripada perlumbaan yang dimulakan semula, dan mengharungi cabaran dalam saingan repechages.

Sementara itu, jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang turut mara ke suku akhir selepas menamatkan saringan ketiga pusingan pertama acara keirin lelaki di kedudukan pertama.

Dalam saingan suku akhir esok, Azizulhasni berada dalam Saringan Tiga bersama Matthew Glaetzer dari Australia, Stefan Boetticher (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun), Denis Dmitriev (Jawatankuasa Olimpik Rusia) dan Kwesi.

Sementara, Muhammad Shah Firdaus akan bersaing dengan Carlin di Saringan Dua bersama Maximilian Levy (Jerman), Callum Saunders (New Zealand), Jair Tjon En Fa (Suriname) dan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar