web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Mengecewakan Buat Malaysia Pada Hari Ke-14 Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 7:33PM

Kelly Tan gagal memperbaiki kedudukannya selepas tamat pusingan kedua hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Keputusan mengecewakan. Begitulah yang boleh disimpulkan pencapaian kontinjen Malaysia pada hari ke-14 Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung hari ini.

Acara terjun dan berbasikal yang diletakkan harapan untuk menyumbangkan pingat buat Malaysia pada temasya Olimpik kali ini, gagal menyerlah apabila atlet negara kecundang dalam acara masing-masing, hari ini.

Harapan untuk melihat ratu terjun negara Pandelela Rinong untuk menghadiahkan pingat buat kem negara dalam acara 10 meter (m) platform wanita individu hari ini, tidak kesampaian apabila penerjun berusia 28 tahun itu menamatkan cabaran di kedudukan terakhir daripada 12 peserta di pentas akhir.

Pandelela yang meraih pingat gangsa dalam acara berkenaan di Olimpik London 2012, secara keseluruhan mengumpul 245.85 mata selepas lima terjunan.

Pingat emas dimenangi penerjun China Quan Hongchan yang mengumpul 466 mata, manakala rakan senegaranya Chen Yuxi meraih perak (425.40 mata), sementara pingat gangsa milik penerjun Australia Melissa Wu yang mengutip 371.40 mata.

Kegagalan Pandelela menyumbangkan pingat itu menyaksikan kem terjun negara gagal membawa pulang sebarang pingat pada temasya Olimpik kali ini.

Malah, harapan untuk melihat kilauan pingat di Velodrom Izu, Shizuoka, kira-kira 175 kilometer dari bandar raya ini, dalam acara pecut individu lelaki juga musnah, selepas dua wakil negara gagal mara ke peringkat suku akhir.

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, gagal mengesahkan tempat dalam kelompok lapan pelumba terbaik, apabila tewas dalam perlumbaan repechages, petang tadi.

Azizulhasni terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan, Jason Kenny dari Great Britain dalam perlumbaan itu, yang menewaskannya bersama pelumba tuan rumah Yuka Wakimoto.

Nasib sama turut menimpa Muhammad Shah Firdaus apabila pelumba muda negara itu dan Sam Webster dari New Zealand, kecundang di tangan Sebastien Viegier dari Perancis.

Namun, Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman, berpeluang menebus kekecewaannya itu apabila turun beraksi dalam acara kegemaran beliau, bersama Muhammad Shah Firdaus bagi acara keirin yang akan bermula Sabtu ini.

Sementara itu di Kasumigaseki Country Club, pemain golf wanita utama negara Kelly Tan gagal memperbaiki kedudukannya selepas tamat pusingan kedua hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu menamatkan saingan pusingan kedua sekali lagi dengan catatan dua atas par 73 untuk berkongsi kedudukan ke-49 bersama tiga pemain lain, daripada keseluruhan 60 pemain.

Keputusan itu menyaksikan Kelly yang berkongsi kedudukan ke-41 pada pusingan pertama semalam selepas melakukan dua atas par 73, mencatat keseluruhan empat atas par 146 selepas dua daripada empat pusingan acara berkenaan.

Sebelum ini, kontinjen negara menyasarkan tiga pingat pada temasya Olimpik Tokyo menerusi acara badminton, terjun dan berbasikal.

Setakat ini, Malaysia hanya meraih satu pingat gangsa menerusi pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, dalam acara beregu badminton lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohd Azizulhasni Juara Keirin, Ulangi Pencapaian Emas Berganda

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pandelela Diangkat Sebagai Ikon Perpaduan Negara

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Juara Dunia Aaron-Wooi Yik Ceriakan Arena Sukan Negara 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar