web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tokyo 2020: Harapan Pingat Pandelela Tidak Kesampaian

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 4:54PM

Aksi Pandelela dalam final terjun 10m platform di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Kesilapan pada terjunan pertama mengundang padah sekali gus menyebabkan ratu terjun negara Pandelela Rinong terlepas peluang meraih sebarang pingat dengan menamatkan kedudukan di tempat ke-12 acara 10 meter (m) platform wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penerjun berusia 28 tahun yang beraksi di Olimpik keempatnya selepas kali pertama pada edisi 2008 di Beijing, jauh ketinggalan selepas kesilapan pada terjunan pertamanya yang hanya meraih 18.00 mata di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

Atlet kelahiran Kuching, Sarawak itu kembali menemui rentak dengan memperoleh 71.05; 60.80; 52.80 dan 43.20 mata dalam setiap terjunan, namun tidak dapat membantu memperbaiki kedudukan di tempat ke-12, sekali gus meranapkan impian pingat buat kem terjun negara.

Tanpa dapat digugat, dua penerjun muda dari China Quan Hongchan, 14, dan Chen Yuxi, 15, terus menguasai acara terjun dengan masing-masing meraih pingat emas dan perak dengan pungutan mata sukar digugat 466.20 dan 425.40 sementara penerjun Australia Melissa Wu memperoleh gangsa dengan 371.40.

Pada edisi kali ini, kem terjun negara pulang dengan tangan kosong selepas berjaya menyumbang pingat di dua temasya terdahulu - pingat gangsa melalui Pandelela dalam acara 10m platform edisi London 2012 dan perak melalui gandingan Pandelela dan Cheong Jun Hoong dalam 10m platfrom seirama di Rio 2016.

Pandelela layak ke separuh akhir semalam, selepas menduduki tempat ke-18 pusingan kelayakan dengan 284.90 mata, manakala rakan senegara Cheong Jun Hoong terkandas dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-26 dengan 251.80 mata.

Pandelela adalah satu-satunya harapan kem terjun Malaysia, selepas gandingannya bersama Leong Mun Yee menamatkan kedudukan di tempat kelapan acara 10m platform seirama pada 27 Julai lepas, manakala Nur Dhabitah Sabri di tempat keempat acara 3m papan anjal pada Ahad.

Pandelela muncul atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik selepas meraih pingat gangsa acara 10m platform pada edisi 2012 di London.

Acara terjun, badminton dan berbasikal trek adalah antara sukan yang disasarkan bakal menyumbang pingat buat kontinjen Malaysia di Olimpik Tokyo.

Pasangan utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa acara beregu lelaki pada Sabtu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar