web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nuraisyah-Juni Tamatkan Cabaran Di Tangga Ke-19

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 5:27PM

Nuraisyah Jamil (kanan) dan Juni Karimah Noor Jamali terlepas peluang beraksi dalam perlumbaan perebutan pingat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Gandingan pelayar negara Nuraisyah Jamil-Juni Karimah Noor Jamali menamatkan kempen Olimpik pertama di Tokyo di tangga ke-19 daripada 21 pelayar secara keseluruhan dalam saingan yang berlangsung di Enoshima Yacht Harbour, hari ini.

Pasangan yang dibimbing jurulatih kebangsaan Muhammad Sahir A Rahim itu memperoleh 158 mata bersih terkumpul selepas 10 perlumbaan di sini.

Kedudukan itu menyaksikan Nuraisyah-Juni tidak berjaya dalam percubaan mereka berada dalam kelompok 10 terbaik dan seterusnya terlepas peluang beraksi dalam perlumbaan perebutan pingat esok.

Bagaimanapun, pasangan negara itu menampilkan aksi terpuji apabila menamatkan perlumbaan terakhir mereka pada hari ini di tangga ke-11, pencapaian terbaik mereka sepanjang sepuluh perlumbaan.

Mereka berjaya memperbaiki kedudukan apabila naik enam tangga dalam perlumbaan terakhir mereka itu selepas menduduki tempat ke-17 pada perlumbaan kesembilan tengah hari tadi.

Pasangan dari Great Britain, Hannah Mills-Eilidh McIntyre kini berada di landasan tepat untuk merangkul emas dengan 28 mata bersih manakala gandingan Perancis Camille Lecointre-Aloise Retornaz (FRA) di tempat kedua selepas mengumpul 42 mata bersih dan diekori rapat oleh Agnieszka Skrzypulec-Jolanta Ogar dari Poland dengan 46 mata bersih.

Perlumbaan kesembilan dan ke-10 yang sepatutnya berlangsung semalam ditangguh ke hari ini akibat kekurangan kelajuan angin di kawasan pulau di Teluk Sagami itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Asnawi Tamat Penantian Pingat Kontinjen Malaysia Di Hangzhou

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Kem Pelayaran Capai Sasaran 2 Emas, Pulang Dengan Senyuman

3

Sukan 3 tahun yang lalu

25 Pasukan Mulakan Cabaran RLIR 2023 Hari Ini

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

Genting Dream Akan Belayar Ke Tiga Destinasi Malaysia

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad