web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Kem Pelayaran Capai Sasaran 2 Emas, Pulang Dengan Senyuman

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 9:23PM

Dua emas itu masing-masing disumbangkan Muhammad Hafizin Mansor dalam kelas RS:X dan Izry Hafiezy Fitri Azri menerusi kelas RS: One - Gambar ihsan Muhammad Fariz Idham Mat Zaki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Skuad pelayaran kebangsaan mampu pulang dengan senyuman selepas mencapai sasaran dua pingat emas di Sukan SEA 2023 pada hari terakhir saingan di Sihanoukville Boulevard dalam Wilayah Sihanoukville yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini.

Dua emas itu masing-masing disumbangkan Muhammad Hafizin Mansor dalam kelas RS:X dan Izry Hafiezy Fitri Azri menerusi kelas RS: One selepas kedua-duanya mendominasi saingan sejak hari pertama perlumbaan pada Selasa lepas.

Bagaimanapun, kem pelayaran terpaksa melupakan hasrat mencipta sensasi selepas terlepas dua emas apabila gandingan Abdul Latif Mansor-Muhammad Dhiauddin Rozaini dalam kelas 29er dipintas pada saat akhir yang menyaksikan mereka meraih perak.

Gandingan negara itu berada di kedudukan teratas selepas 12 perlumbaan pada hari kelima saingan semalam.

Dalam pada itu, Malaysia turut mengutip empat gangsa masing-masing menerusi Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri dalam kelas ILCA 6, Muhammad Asnawi Iqbal Adam (ILCA 4), Muhammad Faizal Ahmad Asri (ILCA 7) dan gandingan Muhammad Hilfi Nafael Mohd Hasrizan-Sara Amanda Mohd Noor Azman dalam kelas Optimist Campuran.

Pengurus pasukan, Muhammad Fariz Idham Mat Zaki berkata pencapaian di Sukan SEA kali ini ibarat batu loncatan buat para atlet untuk pergi lebih jauh dan meraih kejayaan lebih tinggi pada masa hadapan.

“Saya harapkan selepas ini kita cuba buat yang terbaik dalam temasya akan datang dan terus membangunkan sukan pelayaran di negara.

Untuk jangka masa panjang kita akan berusaha untuk layak ke Sukan Olimpik yang tidak mustahil dilakukan sekiranya kita mempunyai kualiti atlet yang bagus,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Dalam pada itu, beliau menyeru barisan atlet yang tidak berjaya memenangi emas atau sekurang-kurangnya mencapai sasaran peribadi supaya tidak kecewa.

“Bagi saya pingat adalah nombor dua, saya tahu ada atlet yang rasa kecewa sebab tak capai sasaran tetapi mereka tetap membanggakan,” katanya.

Untuk rekod, skuad pelayaran negara gagal membawa pulang emas apabila hanya satu perak dan lima gangsa berjaya diraih pada edisi 2019 di Filipina sebelum pelayaran tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Asnawi Tamat Penantian Pingat Kontinjen Malaysia Di Hangzhou

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar