web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


25 Pasukan Mulakan Cabaran RLIR 2023 Hari Ini

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 1:21PM

Sebahagian kapal yang bakal menyertai RLIR 2023 kali ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Sebanyak 25 pasukan tempatan dan luar negara memulakan cabaran pada Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2023 berlangsung hari ini hingga 11 Jan. 

Pengarah Eksekutif Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) Azlan Abdullah berkata selain Malaysia, turut bertanding dalam perlumbaan kapal layar itu ialah Thailand, United Kingdom, Australia, Denmark, Austria dan Great Britain.

“Ia adalah satu penghormatan untuk melihat penyertaan 25 pasukan selepas berehat selama dua tahun berikutan COVID-19. Saya berharap semua pasukan akan mengharungi perlumbaan hebat dengan cuaca baik,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perlumbaan Simon James berkata perlumbaan berprestij itu akan berlangsung dalam lima kategori iaitu kelas Racing, IRC, Multihull, Boat dan Cruising.

“Perlumbaan bermula 9.30 pagi dan kita akan tengok cuaca pada awal pagi. Kemungkinan akan berlangsung dua atau tiga perlumbaan sehari dan lengkap 10 perlumbaan pada hari kelima perlumbaan,” katanya.

Beliau berkata semua pasukan telah memulakan sesi latihan dan keadaan angin serta cuaca dijangka baik sepanjang kejohanan berlangsung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad