web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bapa Bangga Semangat Juang Aaron Harumkan Nama Negara

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 3:24PM

Boon Foo (kanan) dan Mee Kee mengakui tidak dapat menahan sebak dan menjerit kegembiraan melihat kejayaan yang diukir oleh Aaron dan Wooi Yik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tanpa sedar laluan takdir Aaron Chia ke temasya Olimpik sebenarnya telah bermula pada usianya empat tahun apabila acapkali mengikuti ayahnya Chia Boon Foo ke gelanggang badminton, sekali gus menimbulkan minat untuk menceburi sukan itu sehingga mula mewakili negeri Melaka pada umur 11 tahun.

Malah di gelanggang badminton jua, anak kedua daripada tiga beradik itu belajar mengenal erti kegigihan dalam menghadapi setiap kejohanan dan lawan tanpa rasa takut dan berputus asa.

Ini termasuklah buat pertama kalinya anaknya itu kecewa kerana gagal terpilih memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) namun menasihatkan atlet itu supaya tidak berputus asa dan terus berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik, jelas Boon Foo yang kini berusia 62 tahun.

“Akhirnya pada umur 14 tahun dia berjaya memasuki SSBJ dan semasa Tingkatan 5, Aaron mula mendapat latihan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Selama empat tahun ini Aaron sangat fokus dan sibuk dengan latihan serta jadual yang amat padat, nyata kegigihan dan pengorbanannya selama ini telah membuahkan hasil dan kami berharap mereka terus mencapai kejayaan pada kejohanan akan datang,” katanya pada sesi temu bual bersama media melalui aplikasi zoom yang dihoskan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong di sini hari ini.

 Mengimbau saat menonton perlawanan tersebut secara langsung menerusi televisyen bersama isterinya, Chan Mee Kee, 62, serta beberapa ahli keluarga yang lain, Boon Foo mengakui tidak dapat menahan sebak dan menjerit kegembiraan melihat kejayaan yang diukir dalam usaha membutirkan pingat pertama Malaysia bagi temasya edisi kali ini.

“Kami sangat berdebar melihat perlawanan yang sangat sengit itu dan sedar ia bukan satu perkara yang mudah tetapi kami sangat percaya dengan kemampuan mereka.

“Lebih istimewa, ia adalah penampilan pertama mereka dalam temasya berprestij tersebut dan kejayaan ini amat bermakna kerana bukan sahaja mengharumkan nama negara malah menyatupadukan rakyat Malaysia yang turut memberi sokongan tanpa berbelah bagi,” katanya.

Lebih membanggakan, kemenangan semalam turut menyaksikan Aaron dan pasangan regunya, Soh Wooi Yik berjaya menebus kekalahan kepada gandingan nombor dua dunia itu dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Dalam saingan merebut pingat gangsa semalam, gandingan Aaron-Wooi Yik yang sebelum itu ketinggalan pada set pertama 17-21, bangkit pada set seterusnya sekali gus menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan mata 21-17, 21-14.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya turut menitipkan ucapan syabas dan tahniah buat pasangan beregu lelaki negara itu.

Beliau berkata kejayaan menghadirkan pingat gangsa yang juga pingat pertama itu amat ditunggu-tunggu rakyat Malaysia selepas menewaskan gandingan handalan Indonesia.

“Bagi saya cukup membanggakan dan tidak kurang juga penuh debarnya. Saya juga tumpang bangga kerana Aaron, anak muda 24 tahun ini berasal dari Melaka dan nampaknya, Melaka sekali lagi ‘pencetus’ pingat di Sukan Olimpik Tokyo,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad