web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Peng Soon-Liu Ying Di Tokyo Berakhir Dengan Kekecewaan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 12:58PM

Ini kekalahan kedua Peng Soon-Liu Ying di kejohanan kali ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Misi beregu campuran utama negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir dengan kekecewaan selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan, hari ini.

Turun beraksi dalam misi wajib menang di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo, segalanya tidak menjadi buat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu apabila tunduk 21-12, 21-15 kepada pasangan Jerman Mark Lamfuss-Isabel Herttrich.

Kesilapan demi kesilapan dilakukan pasangan negara yang memberi mata mudah kepada Lamfuss-Herttrich menyaksikan gandingan di ranking ke-15 dunia itu memerlukan 41 minit untuk mengesahkan kemenangan mereka.

Kekalahan kedua yang hadir selepas mereka tewas kepada pasangan Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 18-21, 21-10, 16-21 semalam, hampir pasti menutup peluang Peng Soon-Liu Ying untuk mara ke pusingan suku akhir, apabila kini mereka berada di kedudukan tercorot Kumpulan D.

Ia sekali gus menyaksikan gandingan yang menghuni ranking ketujuh dunia itu hampir pasti perlu mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada temasya sukan berprestij ini.

Peng Soon-Liu Ying bagaimanapun akan melengkapkan saingan kumpulan menentang pasangan nombor dua dunia Wang Yilyu-Huang Dongping dari China, esok.

Sementara itu, pada petang ini perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia akan membuat penampilan sulungnya di temasya Sukan Olimpik apabila dijadual turun beraksi menentang pemain Ukraine Artem Pochtarov dalam aksi Kumpulan M pukul 5.40 petang.

Zii Jia dan Pochtarov memiliki rekod pertemuan seimbang 1-1 dengan kali terakhir kedua-dua pemain bertembung pada November 2017 yang menyaksikan Zii Jia menang 21-12, 21-11.

Sementara itu beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang dijadual menentang Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dari Jepun pada pukul 6.20 petang perlu melakar kemenangan untuk menghidupkan peluang mara ke suku akhir selepas tewas pada aksi pertama, semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad