web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Ketuai Kumpulan Terakhir Atlet Ke Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 11:05AM

Azizulhasni (kiri) bersama pasukannya ketika berlepas pada Majlis Flag Off Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengetuai kumpulan terakhir kontinjen Malaysia terdiri daripada atlet sukan berbasikal trek, terjun dan olahraga yang berlepas ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pagi ini.

Seramai 10 individu, termasuk lima atlet dijadual berlepas menaiki pesawat Malaysia Airlines MH070 pada jam 9.50 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.05 petang (waktu Malaysia 5.05 petang).

Selain Mohd Azizulhasni, empat lagi atlet adalah rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom, penerjun wanita Cheong Jun Hoong serta Lee Hup Wei dan Azreen Nabila Alias masing-masing mewakili sukan olahraga.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berlepas ke Tokyo menaiki pesawat sama bagi memberikan sokongan kepada atlet negara yang berjuang di bumi Tokyo.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tiba di KLIA bagi memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada barisan atlet negara.

Beliau turut mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo.

Skuad pelayaran negara menjadi kumpulan kontinjen Malaysia pertama berlepas ke Tokyo awal bulan ini sebelum kumpulan kedua terdiri daripada skuad badminton, gimnastik, akuatik (renang, terjun), memanah dan menembak yang berangkat pada 17 Julai lepas.

Malaysia pada Olimpik kali ini diwakili oleh 30 atlet yang akan beraksi dalam 27 acara meliputi 10 jenis sukan, dengan sasaran ditetapkan untuk merangkul tiga pingat termasuk sebutir emas.

Pada edisi Rio 2016, Malaysia yang diwakili 32 atlet, membawa pulang empat pingat perak dan sebutir gangsa, yang juga merupakan pencapaian terbaik negara di Sukan Olimpik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad