web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik - Khairul Anuar Lepasi Halangan Untuk Pusingan Penentuan Ranking

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 4:14PM

Peserta memanah mengambil bahagian dalam saingan pusingan penentuan ranking acara recurve individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad menamatkan saingan pusingan penentuan ranking acara recurve individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di kedudukan ke-20 pada aksi di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo, hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan itu mengumpul 661 mata selepas melengkapkan keseluruhan 72 panahan sementara atlet Korea Selatan Kim Je Deok mengungguli saingan itu dengan pungutan 688 mata.

Khairul Anuar, 29, yang menghuni ranking ke-15 dunia ketika ini dijadual membuat perhitungan menentang pemanah Finland Antti Vikstrom pada aksi pertama pusingan kalah mati, Rabu depan.

Bagaimanapun, hasrat skuad memanah negara untuk melangkah ke pusingan pertama acara berpasukan campuran tidak kesampaian selepas Malaysia gagal berada dalam kelompok 16 terbaik setelah menduduki tempat ke-19 daripada 29 negara bertanding.

Malaysia yang mengutip 1,291 mata menerusi mata yang dikumpul Khairul Anuar dan pemanah wanita negara Syaqiera Mashayikh (619 mata) dalam saingan wanita pagi tadi, dipisahkan enam mata daripada Bangladesh yang berada di kedudukan ke-16.

Dalam pada itu, Korea Selatan mencipta rekod baharu Sukan Olimpik acara berpasukan campuran menerusi gandingan Je Deok dan pemanah wanita An San apabila mengumpul 1,368 mata.

Terdahulu, dalam pusingan penentuan ranking acara recurve individu wanita, Syaqiera yang menjadi atlet Malaysia pertama memulakan aksi di Sukan Olimpik Tokyo, berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-43 dengan pungutan 619 mata, juga catatan peribadi terbaik beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Khairul Anuar Tekad Bangkit Semula Di Hangzhou

2

Sukan 3 tahun yang lalu

TPM Zahid Harap Azizulhasni Teruskan Usaha Raih Emas Pertama Olimpik

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Nur Dhabitah Mahu Bebas Kecederaan Sebelum Kembalikan ‘Mood’ Bertarung

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohd Juwaidi Selangkah Ke Final Piala Dunia Memanah Di Antalya

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad