web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Palang Imbangan Cabaran Buat Farah Ann

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 4:32PM

Farah Ann masih bergelut mencari rentak ketika berada di atas palang imbangan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berbaki kurang seminggu sebelum mempamerkan aksi di pentas Olimpik Tokyo, ketua jurulatih gimnastik artistik negara Ng Shu Wai mengakui Farah Ann Abdul Hadi masih bergelut dalam mencari rentak ketika berada di atas palang imbangan.

Beliau berkata jika Farah Ann berjaya melepasi ujian di atas palang imbangan, keputusan lebih baik mampu diperoleh gimnas negara pada penampilan sulungnya di pentas Olimpik Tokyo.

“Aksi Farah Ann di Olimpik Tokyo bergantung kepada palang imbangan. Saya hanya berharap Farah Ann tidak membuat sebarang kesilapan besar dalam disiplin ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain beraksi dalam disiplin palang imbangan, atlet berusia 27 tahun itu juga beraksi dalam disiplin melombol, palang bertingkat dan senam lantai dalam acara all-around.

Shu Wai berkata beliau dapat merasakan atlet di bawah bimbingannya itu kemungkinan sedikit gementar memandangkan ini adalah kali pertama beraksi di temasya sukan berprestij itu.

“Ini adalah temasya sukan terbesar pertamanya selepas Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

“Wajahnya menggambarkan dengan jelas beliau gementar tapi saya berharap Farah Ann dapat mengatasinya dan menikmati temasya itu, tambahan pula ia berlangsung tanpa penonton,” katanya.

Sementara itu, bekas Olimpian negara itu gembira apabila Farah Ann berlepas awal ke Jepun kerana ia dapat membantu atlet berkenaan menyesuaikan diri dengan suasana temasya.

Meskipun tidak dapat ke Jepun, Shu Wai sentiasa berhubung rapat dengan Farah Ann dan mendapat bantuan daripada jurulatih gimnastik artistik kebangsaan Natalya Sinkova untuk memberikan motivasi kepada anak buahnya dalam memenangi perhatian juri.

Walaupun tidak menetapkan apa-apa target untuk Farah Ann, namun jurulatih berusia 35 tahun itu berharap gimnas negara itu dapat mengutip lebih daripada 52 mata kerana keputusan itu memungkinkan Farah Ann layak ke pusingan seterusnya.

Farah Ann mencipta sejarah tersendiri muncul gimnas wanita pertama layak ke Sukan Olimpik  selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.

Beliau muncul gimnas ketiga Malaysia layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada edisi 2000 (Sydney) dan Shu Wai pada 2004 (Athens).

Selain Farah Ann, turut ke pentas Olimpik Tokyo, gimnas lelaki negara Jeremiah Loo Phay Xing yang juga membuat penampilan sulung selepas layak dalam acara all-around individu lelaki bulan lepas.

Menurut Persekutuan Gimnastik Malaysia, kejayaan Jeremiah ke Tokyo adalah berdasarkan keputusan di Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart.

Gimnastik artistik akan membuka gelanggang pada 24 Julai hingga 3 Ogos di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo. Sukan Olimpik berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 tahun yang lalu

Wei Lun Cemerlang Kekal Rekod Bersih, Kejutkan Pemain No 2 Dunia

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Raih Perak, Azizulhasni Tidak Dapat Kawal Tangisan

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Perak Di Tokyo, Emas Di Hati Kami -  Keluarga Azizulhasni

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Pandelela Tidak Patah Semangat, Mahu Terus Beraksi Di Paris

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad