web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak Di Tokyo, Emas Di Hati Kami -  Keluarga Azizulhasni

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 1:48PM

Keluarga Azizulhasni menyambut kemenangan jaguh trek basikal itu dengan rasa bersyukur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Walau terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada acara keirin di Temasya Olimpik Tokyo 2020 hari ini, keluarga jaguh lumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Mohd Awang bangga bukan kepalang.

Bukan mudah untuk anak jati Terengganu itu bersaing dengan kelompok pelumba terbaik dunia, dan kejayaan menduduki podium sememangnya membuktikan kehebatan beliau.

Bukan sekadar kemenangan peribadi, pingat kedua dimenangi Azizulhasni sejak menyertai sukan berprestij dunia itu adalah hadiah kepada bapanya, Awang Muda Embong, 71 yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar dan dementia.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohd, 36 berkata, kemenangan itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh mereka sekeluarga, yang tidak pernah putus mendoakan kejayaan beliau.

Walaupun emas diidam terlepas dari jangkauan, Razman berkata, pencapaian Azizulhasni itu amat membanggakan, apatah lagi beliau berjaya memperbaiki kedudukan selepas Olimpik Rio 2016.

“Kejayaannya dan pingat yang beliau terima di Sukan Olimpik ini kita anggap hadiah buat bapa yang sedang terlantar sakit kerana penyakit angin ahmar dan dementia.

“Sebenarnya menang atau kalah kita akan tetap berbangga dengan Azizulhasni. Beliau sudah beri yang terbaik. Kami yakin Azizulhasni pasti akan dapat merebut pingat emas dalam kejohanan Olimpik akan datang,” katanya ketika ditemui di rumah bapa atlet itu di Kampung Jalan Nibong Stesten di sini.

Jelas gembira dengan kejayaan Azizulhasni yang juga dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ itu, Awang Muda tidak mahu terlepas dari menonton aksi anaknya, walau sekadar di kaca televisyen.

Getaran diberitahu, Azizulhasni menghubungi mereka sekeluarga malam tadi, dan meminta agar perjuangannya hari ini diiringi doa restu seisi keluarga.

“Malam sebelum itu memang sempatlah beliau telefon minta keluarga doakan kejayaan beliau. Dan kita pun malam semalam buat solat hajat mendoakan kejayaan beliau.

“Macam mana pun kalau apa- apa pertandingan sekalipun, Azizulhasni pasti akan telefon keluarganya. Itu memang rutin beliau,” katanya.

Azizulhasni jelas Razman lagi, tidak pernah melupakan keluarga biarpun sangat komited dalam mengejar cita-cita.

Dalam perkembangan lain, Razman turut mengharapkan rakyat Malaysia untuk bersama mendoakan kesembuhan buat bapa mertuanya.

Katanya, kesihatan Awang Muda semakin merosot sejak setahun yang lepas dan kini hanya terlantar di atas katil.

Azizuhasni meraih pingat perak  dalam acara keirin lelaki di Izu Velodrome di Shizuoka, hari ini.

Azizulhasni memenangi pingat Olimpik pertamanya pada Temasya Rio 2016, apabila menggondol tempat ketiga, juga bagi acara keirin.

Beliau sebelum itu beliau gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Olimpik Beijing 2008, dan menduduki tempat keenam pada Temasya Olimpik London 2012. - Getaran, 8 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Bersara Dengan Tenang Jika Berjaya Rangkul Emas Di Olimpik Paris

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 minit yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad