web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah Teknikal Terus Belenggu Hafizh Syahrin

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 7:45AM

Hafizh berazam untuk memperbaiki prestasinya pada baki saingan musim ini. - Gambar dari Instagram RW Racing GP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui masalah teknikal pada jenteranya mengakibatkan prestasi beliau tidak menentu pada saingan kejuaraan tersebut musim ini.

Prestasi pelumba pasukan NTS RW Racing itu, sebelum ini menunjukkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat kesembilan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello pada 30 Mei lepas.

Namun, beliau sekali lagi berdepan kekecewaan susulan masalah pada jentera di GP Belanda di Litar Assen pada Ahad lepas, sekali gus sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-23.

“Selepas perlumbaan di Mugello, jentera saya ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan di GP Jerman (20 Jun) dan Assen, saya kurang puas hati dengan pencapaian saya sendiri, saya bekerja keras bersama pasukan, cuma tuah tiada di pihak saya pada perlumbaan di Assen baru-baru ini.

“Masalah di FP (latihan bebas) 1, 15 minit lagi nak habis perlumbaan, enjin motor saya berhenti disebabkan masalah teknikal, saya tak boleh perbaiki kedudukan sebab semasa FP 2 hujan, pertama kali saya berlumba dalam hujan dengan jentera itu.

“Di FP 3, litar kering tapi semua pelumba dah meningkat daripada FP 1, saya juga sama tapi tidak sebanyak dilakukan pelumba-pelumba di hadapan,” kata pelumba berusia 27 tahun itu pada sidang media secara maya, semalam.

Namun, beliau berazam dapat memperbaiki prestasinya pada baki saingan musim ini, bermula dengan saingan di Austria pada 8 Ogos, sambil berharap masalah pada jenteranya dapat diatasi menjelang perlumbaan tersebut.

Sementara itu, Hafizh Syahrin menjadi atlet permotoran pertama negara yang menjalani kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) Kampung Pandan, selepas bekas pelumba Moto2 Zulfahmi Khairuddin meminta kerajaan membenarkan atlet sukan berkenaan menjalani kuarantin seperti atlet-atlet Olimpik.

Setiausaha Agung Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) Muizz Azli berkata langkah itu bagi memastikan pelumba dapat mengekalkan momentum dan menjalani latihan dalam tempoh kuarantin wajib itu.

“Bagi atlet sukan permotoran, tidak banyak aktiviti dapat dilaksanakan sekarang, tetapi aktiviti di luar negara berjalan dengan lancar, jadi apa yang MAM boleh tolong ialah dari segi kuarantin untuk memastikan mereka boleh terus berlatih semasa kuarantin, maka momentum itu sentiasa ada untuk buat yang terbaik.

“Mereka diletakkan di Pusat Latihan MSN, di sana mereka boleh menggunakan fasiliti sukan seperti gimnasium, kolam renang dan kekal aktif walaupun menjalani kuarantin,” jelasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

COVID-19: Perincian Kesiapsiagaan Negara Berdepan Pengembara Luar Diumum 10 Januari

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Pesakit Kuarantin COVID-19 Dibebaskan Sekiranya Negatif Hari Ke-4

3

Jelajah 4 tahun yang lalu

Indonesia Buka Semula Perkhidmatan Visa Semasa Ketibaan Ke Bali

4

Pendidikan 4 tahun yang lalu

Calon SPM Positif COVID-19 Duduki Peperiksaan April - Radzi

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad