web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon SPM Positif COVID-19 Duduki Peperiksaan April - Radzi

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 12:09PM

Radzi Jidin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang disahkan positif COVID-19 atau sedang menjalani kuarantin akibat virus itu akan menduduki peperiksaan terbabit pada sidang kedua, April depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, calon itu akan diberikan tarikh peperiksaan baharu yang akan dimaklumkan nanti.

Katanya, calon itu atau ibu bapa mereka hanya perlu memaklumkan mengenai situasi berkenaan kepada pihak sekolah dan pengetua akan mengesahkan perkara terbabit.

“Namun, bagi calon yang sedang menduduki kertas peperiksaan dan baru disahkan positif COVID-19, pihak sekolah akan meletakkan calon tersebut di dalam bilik khas.

“Bagi calon SPM yang menjadi kontak rapat dan perlu dikuarantin pula, mereka tidak perlu hadir ke tempat peperiksaan, tetapi perlu mengemukakan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Lembaga Peperiksaan (LPM) memaklumkan ujian bertulis bagi peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan bermula hari ini hingga 29 Mac depan.

KPM menerusi kenyataan berkata, seramai 407,097 calon berdaftar untuk menduduki ujian bertulis peperiksaan itu di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPM.

Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Mereka turut diingatkan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad