Berita Terkini

6 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 6 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 6 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 6 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 6 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


Pesakit Kuarantin COVID-19 Dibebaskan Sekiranya Negatif Hari Ke-4

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 6:30PM

Ujian COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk pengembara berusia 13 tahun dan ke atas yang lengkap divaksin. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu positif COVID-19 yang perlu menjalani pengasingan selama tujuh hari dari tarikh sampel diambil, boleh dilepaskan bermula hari keempat sekiranya ujian saringan semula disahkan negatif.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin  berkata, ujian tersebut perlu dilakukan menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 yang perlu dikawal selia oleh pengamal perubatan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, sekiranya masih positif, individu itu perlu melengkapkan tempoh pengasingan selama tujuh hari.

“Ujian itu hendaklah dilakukan menggunakan RTK Antigen kendiri dengan penyeliaan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sama ada secara fizikal ataupun secara maya.

“Boleh lakukan pengesahan keputusan ujian secara maya melalui panggilan video dengan mana-mana pengamal perubatan yang diiktiraf sekiranya telah didapati negatif,” katanya dalam sidang media menerusi penstriman langsung di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Katanya, keputusan ujian itu hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eCOVID oleh pengamal perubatan bagi memastikan integrasi data dengan aplikasi MySejahtera dapat berlaku dalam tempoh kurang daripada sejam.

“Ini supaya individu itu segera mendapat perintah pelepasan daripada pengasingan apabila keputusan ujian pengesanan berkenaan negatif COVID-19.

“Sekiranya individu tidak memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19, maka pelepasan akan diberikan secara automatik selepas menjalani pengasingan selama tujuh hari,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kemasukan individu ke mana-mana premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi, berkuat kuasa 1 Mei ini.

“Hanya individu yang disahkan positif COVID-19 sahaja tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.

“Individu dalam tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia juga tidak dibenarkan masuk ke premis,” katanya.

Kerajaan katanya, turut melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 untuk pengembara yang tiba di Malaysia, termasuk mengecualikan keperluan menjalani ujian saringan bagi individu tertentu.

Jelasnya, ujian COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk pengembara berusia 13 tahun dan ke atas yang lengkap divaksin serta dijangkiti virus itu antara enam hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia.

“Pengembara berusia 12 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi juga tidak perlu menjalani ujian COVID-19 setibanya mereka di Malaysia.

“Bagaimanapun, pengembara yang tidak lengkap atau belum menerima vaksin perlu mematuhi peraturan sedia ada.

“Ini termasuk ujian pra-pelepasan dua hari sebelum berlepas ke Malaysia, ujian COVID-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan, kuarantin wajib dan ujian RT-PCR pada hari keempat atau RTK-Ag profesional pada hari kelima.

“Pengembara yang dikesan bergejala semasa berada di pintu masuk antarabangsa (PMA) negara akan diarahkan menjalani ujian RTK-Ag,” katanya.

Tambahnya, semua pengembara masih perlu mengemukakan Traveller’s Card yang dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di PMA.

“Insurans COVID-19 bagi pengembara bukan warganegara Malaysia bukan lagi pra Syarat untuk mereka memasuki negara ini.

“Bagi jemaah umrah dan haji, mereka dikehendaki mendapatkan dos penggalak sebelum berlepas ke Tanah Suci,” katanya. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID-19: Perincian Kesiapsiagaan Negara Berdepan Pengembara Luar Diumum 10 Januari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID: Pengembara Dari China Perlu Lengkap Vaksinasi Sebelum Berlepas Ke Sabah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tangani Masa Menunggu Lama, KKM Perluas Sistem Temu Janji MySejahtera

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Ragut 4 Beradik: Jiran Sangka Tiada Siapa Di Rumah

Semasa 6 jam yang lalu

Bekalan Ayam, Telur Mencukupi Sepanjang Ramadan, Aidilfitri 

oleh Aiman Sadiq

Semasa 9 jam yang lalu

Dr Mohamed Haniffa Mohon Naikkan Elaun Pelajar JPA, Hargai Pengorbanan Doktor Pelatih

oleh Farhana Farush

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Rayuan Diberitahu Pertuduhan Terhadap Sam Tidak Sah, Tidak Boleh Disabitkan