web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serena Williams Tarik Diri Kerana Kecederaan, Federer Cemas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 8:53AM

Serena menangis selepas membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan pusingan pertama Wimbledon selepas mengalami kecederaan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Impian pemain Amerika Syarikat (AS) Serena Williams untuk merangkul kejuaraan perseorangan Wimbledon kelapannya dan menyamai rekod 24 Grand Slam Margaret Court tamat dengan tangisan.

Pemain yang berusia 39 tahun itu sedang mendahului 3-1 dalam perlawanan pusingan pertamanya menentang pemain dari Belarus Aliaksandra Sasnovich apabila tergelincir dan terpaksa menerima rawatan perubatan di luar gelanggang.

Selepas kembali dari menerima rawatan, beliau membuat keputusan untuk menarik diri pada 3-3 dalam set pertama dan keluar dari Centre Court sambil menangis.

“Hancur hati saya kerana terpaksa menarik diri hari ini selepas mengalami kecederaan di kaki kanan saya,” katanya dalam satu kenyataan yang di muat naik ke laman Instagramnya.

Ini adalah kali pertama Serena tersingkir di pusingan pertama dalam 20 penampilan di Wimbledon.

Dalam aksi awal, Roger Federer Switzerland dan pemain No 1 dunia dari Australia Ashleigh Barty layak ke pusingan seterusnya selepas cemas seketika dalam perlawanan masing-masing.

Juara lapan kali Wimbledon Federer ketinggalan dua set berbalas satu kepada pemain dari Perancis Adrian Mannarino.

Nasib menyebelahi Federer selepas Mannarino terjatuh di set keempat dan terpaksa menarik diri selepas menerima rawatan.

Barty pula menang dalam tiga set dalam pertembungan penuh emosi dengan Carla Suarez Navarro 6-1, 6-7 (1-7), 6-1. - AFP

Keputusan lain:

Daniil Medvedev mengalahkan Jan-Lennard Struff 6-4, 6-1, 4-6, 7-6 (7-3)

Alexander Zverev mengalahkan Tallon Griekspoor 6-3, 6-4, 6-1

Sebastian Korda mengalahkan Alex de Minaur 6-3, 6-4, 7-6 (7-5)

Diego Schwartzman mengalahkan Benoit Paire 6-3, 6-4, 6-0

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Kisah Benar Penuh Inspirasi Venus Dan Serena Williams Dalam 'King Richard'

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad