web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Itali Bergelut Tumpaskan Austria, Denmark Layak Ke Suku Akhir EURO 2020

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 7:41AM

Pemain-pemain Itali meraikan kelayakan ke pusingan suku akhir selepas mengalahkan Austria. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Itali dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan Austria 2-1 dalam masa tambahan di Wembley untuk layak ke pusingan suku akhir EURO 2020, Denmark pula tiada masalah menundukkan Wales 4-0.

Pasukan kendalian Roberto Mancini dipaksa bertungkus-lumus sebelum mengecapi kemenangan dan terpaksa mengharapkan sumbangan daripada ‘super subs’ Federico Chiesa dan Matteo Pessina.

Kemenangan ini bermakna Itali kini memegang rekod tanpa kalah baharu dengan 31 perlawanan, mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Vittorio Pozzo pada 1930-an.

Itali beraksi dengan bertenaga pada babak pertama, tetapi Austria kembali bangkit pada babak kedua dan menjaringkan gol melalui Marko Arnautovic, tetapi dibatalkan oleh VAR.

Selepas aksi 90 minit tamat di London kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Chiesa menjaringkan gol pertama Itali selepas lima minit waktu tambahan bermula dan satu lagi jaringan daripada Pessina memberi pasukan itu kelebihan dua gol.

Sasa Kalajdzic menjaringkan gol sagu hati Austria.

Itali akan berdepan dengan pemenang perlawanan di antara Belgium dan juara bertahan Portugal di pusingan suku akhir.

Pemain-pemain Denmark dengan girang meraikan kelayakan ke pusingan suku akhir bersama penyokong di stadium. - Gambar AFP
Pemain-pemain Denmark dengan girang meraikan kelayakan ke pusingan suku akhir bersama penyokong di stadium. - Gambar AFP

Denmark layak dengan mudah selepas Kasper Dolberg menjaringkan dua gol membantu pasukan itu membenam Wales 4-0 di Arena Johan Cruyff di Amsterdam.

Wales terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Harry Wilson dilayangkan kad merah selepas mengasari Joakim Maehle.

Maehle dan Martin Braithwaite melengkapkan jaringan buat Denmark.

Pasukan kendalian Kasper Hjulmand ini akan berdepan dengan sama ada Belanda atau Republik Czech di pusingan suku akhir. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad