web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramalan Pusingan Kalah Mati EURO 2020

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 6:32PM

Bracket pusingan kalah mati kejohanan EURO 2020. - Grafik oleh Hanif Zahari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - EURO 2020 sudah masuk ke peringkat kalah mati bermula dengan pertembungan antara Wales dan Denmark pada 12 tengah malam nanti.

Sementara Itali akan bertemu Austria dalam satu lagi perlawanan pada pukul 3 pagi esok. 

Getaran mengambil peluang bertanyakan ramalan petugas Kumpulan Petra dan dua orang tetamu istimewa tentang pasukan mana yang mereka percaya akan mara ke final dan menjadi juara kejohanan tahun ini.

M. Zul, Pengarang Urusan Getaran

Suku Akhir

Belgium v Itali

Perancis v Sepanyol

Sweden v England

Belanda v Denmark

Separuh Akhir

Itali v Perancis

England v Belanda

Final

Itali v Belanda

Juara

Itali

Walaupun mempunyai reputasi yang gah, saya anggap Itali sebagai pasukan dark horse kali in. Dengan momentum yang ada dan team spirit yang kian memuncak, saya percaya mereka akan bermain mati-matian untuk negara mereka yang di antara paling teruk dilanda pandemik COVID-19.

Halim Othman, bekas penyampai Suria FM

Suku Akhir

Sweden v England

Republik Czech v Denmark

Portugal v Itali

Perancis v Sepanyol

Separuh Akhir

England v Republik Czech

Portugal v Perancis

Final

Portugal v England

Juara

Portugal

Cristiano Ronaldo menjadi faktor utama kenapa saya memilih Portugal menjadi juara. Beliau fasih dengan “the art of framing” ... memastikan bola masuk ke gawang lawan. Rekod penjaring terbanyak perlawanan antarabangsa juga boleh menjadi motivasi untuk beliau beraksi dengan baik.

T. Vignesh, Editor sukan portal The Vibes

Suku Akhir

Belgium v Itali

Perancis v Sepanyol

Ukraine v England

Belanda v Denmark

Separuh Akhir

Belgium v Perancis

England v Belanda

Final

Belgium v England

Juara

Belgium

Belgium akan menjuarai EURO 2020 kerana mereka adalah pasukan yang lengkap. Sudah sampai masanya pemain-pemain negara ini memenuhi jangkaan yang diletakkan ke atas mereka. Red Devils gagal memenangi Piala Dunia 2018, jadi ini adalah masa untuk anak buah Roberto Martinez untuk menyerlah.

Roberto Guiati, CEO Petra Cucina

Suku Akhir

Itali v Belgium

Perancis v Croatia

Sweden v England

Republik Czech v Denmark

Separuh Akhir

Itali v Perancis

England v Denmark

Final

Itali v England

Juara

Itali

Saya percaya yang Itali akan mengalahkan Perancis di peringkat separuh akhir jika terus bermain dengan baik. Les Blues adalah pasukan kuat yang juga terdiri daripada pemain yang berbakat, tetapi saya harus bersikap positif! Di final pula saya percaya yang Itali akan bertembung dengan England. Ini mungkin masa untuk The Three Lions menyerlah tetapi saya yakin Itali akan mengalahkan mereka dan menjuarai EURO 2020.

Faizal Salim, Sub Editor Getaran

Suku Akhir

Jerman v Sweden

Belanda v Denmark

Portugal v Itali

Perancis v Croatia

Separuh Akhir

Jerman v Denmark

Itali v Perancis

Final

Denmark v Itali

Juara

Itali

Denmark akan membuat kejutan dan layak ke final Kejohanan Eropah buat kali kedua dalam sejarah pasukan ini. Tetapi Itali yang masuk ke kejohanan tahun ini dengan rekod 27 perlawanan tanpa kalah akan membuktikan kenapa mereka antara pasukan pilihan untuk menjuarai EURO 2020.

Graig Nunis, Pengarang Eksekutif portal berita Twentytwo13

Suku Akhir

Belgium v Itali

Perancis v Sepanyol

Sweden v Jerman

Belanda v Wales

Separuh Akhir

Belgium v Sepanyol

Jerman v Belanda

Final

Sepanyol v Belanda

Juara

Belanda

Sebagai peminat tegar Liverpool dan menyaksikan kehebatan mereka di sepanjang musim Liga Perdana Inggeris, kejohanan EURO 2020 sangat membosankan bagi saya. Tetapi saya percaya bekas pemain The Reds dan juga kapten Belanda Georginio Wijnaldum akan memimpin The Oranje merangkul kejuaraan.

Ketua Eksekutif Petra Media, Datuk Afdlin Shauki Aksan juga tidak lupa berkongsi pilihan beliau untuk EURO 2020.

“Walaupun di peringkat kelab saya sangat meminat Liga Perdana Inggeris, tetapi di peringkat antarabangsa saya sudah lama menyokong Perancis daripada zaman Michel Platini hinggalah Zinedine Zidan dan sekarang Kylian Mbappe.

“Jadi saya memilih Perancis untuk mara ke final dan menjadi juara Kejuaraan Eropah edisi tahun ini,” katanya. - Getaran, 26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Amaran Banjir Di Terengganu Pahang Mulai Hari Ini Hingga Selasa

2

Politik 2 tahun yang lalu

5-1 Atau 6-0, Ramalan Kemenangan Dan Realiti Rakyat Di 6 Negeri

3

Politik 3 tahun yang lalu

Kenyataan Hadi Terus Terima Kecaman, Hanya Penyamun Masuk Rumah Orang Ketika ‘Atap Bocor’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Banjir Kilat Dijangka Landa 6 Negeri Dalam Tempoh 24 Jam

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran