web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Dijangka Landa 6 Negeri Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 8:12PM

Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor berisiko dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam, jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor berisiko dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam, jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Notis PRABN yang dikeluarkan pada 5 petang ini memaklumkan, kawasan terlibat di Johor ialah Tangkak sekitar Grisek, Batu Pahat (Sungai Punggor, Minyak Beku, Simpang Kanan, Bandar Penggaram, Peserai, Sri Gading, Tanjung Sembrong dan Simpang Kiri), Kota Tinggi (Johor Lama, Penggerang, Kota Tinggi dan Ulu Sungai Johor).

Daerah lain dan kawasan sekitarnya yang turut terlibat ialah Muar (Ayer Baloi, Sri Menanti, Ayer Hitam, Mukim Bandar, Jalan Bakri, Bandar Maharani dan Bandar Panchor), Pontian (Rimba Terjun, Ayer Masin, Pontian, Ayer Baloi, Api-Api, Benut dan Sungai Pinggan) serta Kluang (Ulu Benut, Rengam dan Machap).

Di Pahang, tiga daerah terlibat iaitu Bera sekitar Bera dan Triang, Maran (Chenor dan Kertau) serta Termeloh (Perak, Bandar Temerloh, Bangau, Sanggang, Lipat Kajang dan Jenderak) manakala di Melaka ialah Melaka Tengah (Umbai dan Telok Mas).

Sementara itu, di Perak daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Perak Tengah (Pasir Salak) dan Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Port Dickson di Mukim Si Rusa, Pekan Lukut, Pekan Jemima dan Mukim Jimah juga dijangka terjejas dari banjir kilat.

Di Selangor, kawasan diramal terjejas adalah Klang (Pekan Pandamaran, Klang, Bandar Klang, Kapar dan Pekan Kapar), Petaling (Damansara, Pekan Hicom, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam dan Sungai Buloh), Kuala Langat (Kelanang, Tanjong Duabelas, Bandar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom dan Telok Panglima Garang) serta Kuala Selangor (Pasangan dan Pekan Bestari Jaya).

Notis kesiapsiagaan itu, dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut notis itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Hilang Sabar, Kelemahan Penguatkuasaan, Tadbir Urus Perlu Ditangani Serius

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad