Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5-1 Atau 6-0, Ramalan Kemenangan Dan Realiti Rakyat Di 6 Negeri

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 6:35PM

PRN 2023 yang berakhir esok akan menjawab semua persoalan, gabungan mana paling berkuasa dan berjaya - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Esok, Pilihan Raya Negeri akan melabuhkan tirainya.

Selepas 14 hari berkempen tanpa lelah, persoalan kepada pentadbir di enam negeri akan terjawab akhirnya.

Rakyat akan melihat sendiri keputusan dan jawapan pada pilihan yang dibuat.

Apakah keputusan bakal didominasi Kerajaan Perpaduan, atau gabungan Perikatan Nasional (PN) menguasai gelanggang pertarungan?

Sepanjang 14 hari ini, kita disajikan dengan warna-warni pilihan raya, rentak ditarikan calon dan penyokong serta paluan gendang perang oleh pahlawan dari kem masing-masing.

Keputusan PRN esok akan memperlihatkan kepada rakyat pilihan yang dibuat - gambar Salwa Farhana Ismail
Keputusan PRN esok akan memperlihatkan kepada rakyat pilihan yang dibuat - gambar Salwa Farhana Ismail

Ada penglipur lara cakapnya berdegar-degar bak halilintar, tak kurang juga wujud si pendeta yang memilih kias berbahasa namun tajam menikam tepat ke sanubari.

Kendatipun, semua informasi diterima sepanjang berkempen membawa kepada satu hala tujuan, yakni mencipta kejayaan bermakna bagi membolehkan ideologi masing-masing memegang tampuk pentadbiran negeri.

Ramalanku Benar Belaka?
Beberapa hari lalu, ramalan oleh barisan nujum terbilang mula menghiasi dada media dan bertebaran juga di pelusuk media sosial.

Di atas kertas, Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) diberitakan memiliki peluang cerah untuk menguasai sekurang-kurangnya lima daripada enam negeri yang bertanding.

Gabungan berkenaan dilaporkan berjaya menembusi beberapa lokasi yang selama ini ditakrifkan sebagai kawasan hitam, lantaran ia diangkat sebagai kubu kuat pembangkang.

Paling meraih tumpuan tentulah Kedah nun di utara, yang panas menggelegak mutakhir ini dek ulah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Skandal kecurian unsur nadi bumi (REE) yang dibongkar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pantas meletakkan Sanusi sebagai tumpuan masyarakat.

Muhammad Sanusi Md Nor dilihat masih lagi angkuh walaupun berdepan beberapa tindakan undang-undang - gambar fail
Muhammad Sanusi Md Nor dilihat masih lagi angkuh walaupun berdepan beberapa tindakan undang-undang - gambar fail

Keceluparan, malah keangkuhan dimiliki penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu malangnya masih tidak terhakis walaupun Hutan Simpan Bukit Enggang sudah separuh digondolkan.

Beliau masih terus berkokok dengan lantang, terus yakin dan tidak membumi walaupun berdepan ancaman beberapa tindakan perundangan.

Bagaikan langit dan bumi, ‘aura ‘keras berapi’ dibawa Sanusi disifatkan terlalu amat berbeza dengan seorang lagi calon ‘heavyweight’ yang disebut-sebut bakal menggantikan tempatnya sebagai Menteri Besar, jika PH-BN berhasil melakar kemenangan.

Datuk Seri Mahdzir Khalid, calon di DUN Pedu ialah antara nama besar yang menggalas perjuangan di bawah panji PH-BN.

Seorang yang amat tertib apabila berbicara, beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Det disifatkan sebagai nahkoda yang akan kembali melayarkan bahtera kemenangan di Kedah.

16 Kerusi Dalam Genggaman
Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media 9 Ogos lalu dengan berani mengumumkan, 16 kerusi diyakini sudah berada dalam genggaman dan PH-BN thanya memerlukan baki tiga DUN untuk membentuk kerajaan baharu.

Katanya, tambahan tiga kerusi tersebut bakal memberikan kemenangan majoriti mudah kepada PH-BN, sekali gus membolehkan mereka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah bagi mempersembahkan calon Menteri Besar.

Mahfuz Omar (kiri) pada sidang media 9 Ogos lalu yakin 16 kerusi sudah berada dalam genggaman PH-BN - gambar fail
Mahfuz Omar (kiri) pada sidang media 9 Ogos lalu yakin 16 kerusi sudah berada dalam genggaman PH-BN - gambar fail

"Saya yakin 16 kerusi sudah dalam genggaman kami. Kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi. Saya berkeyakinan penuh tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini,” katanya dalam sidang media di Alor Setar.

Keyakinan Mahfuz menyebabkan ramalan kemenangan PH-BN meningkat satu oktaf, apabila ia turut diambil kira barisan penganalisis dan pelbagai pihak yang menjalankan tinjauan atas talian.

Walaupun segelintir pihak menjangkakan PH-BN bakal beroleh laluan sukar di negeri yang ditakluk Perikatan Nasional (PN), mereka turut melihat kerkerjasama pertama PH-BN sebagai antara faktor penggalak.

Status Quo Kekal
Firma penyelidikan bebas, Ilham Centre menerusi kajian pula berkata, status dijangka tidak berubah dengan tiga negeri kekal dikuasai PH-BN manakala bakinya terus berada di bawah mandat PN.

Pengaruh PH-BN bagaimanapun jelas kajian itu, dilihat semakin meluas walaupun di negeri milik pembangkang, dan aura dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak turut memainkan peranan.

Kajian juga mendapati, prestasi kerajaan PH-BN di tiga negeri terlibat secara keseluruhannya lebih baik berbanding semua negeri PN.

Ia memberikan gambaran bahawa pentadbiran menteri besar atau ketua menteri di negeri PH-BN lebih diterima baik menerusi dasar yang telah dilaksanakan sepenggal lepas.

5-1, 6-0 Atau 3-3?
Dalam banyak pertarungan, pungutan mata menjadi penentu kejayaan dan untuk PRN, ia tidak terkecuali.

Ada yang menjangkakan PRN esok berakhir dengan keputusan 5-1, hasil kejayaan PH-BN menguasai lima negeri, kecuali Kelantan.

Tak kurang juga serangan psikologi pihak ‘di sebelah sana’ yang mengandaikan PH-BN bakal pulang dengan tangan kosong kerana pengaruh PN semakin kuat mencengkam.

Selain Ilham Centre yang meramalkan status quo 3-3, segelintir pemerhati dalam kalangan akar juga meluahkan pendapat senada.

Mereka bilang, pengaruh PN masih sukar dihapuskan walaupun lompong yang terlihat semakin jelas kelihatan.

Derita Pengundi Negeri PN
Nun jauh di Terengganu, seorang anak watan negeri menzahirkan keazaman untuk memilih PH-BN kali ini selepas melihat tiada kemajuan membanggakan dibawa PAS sejak lima tahun lalu.

Dikenali sebagai Rahman Bakar, anak jati Felda Tenang di Besut itu mengakui terpaksa berhijrah ke negeri lain kerana tuntutan belanja keluarga yang tinggi, apabila tiada lagi dana bantuan dari kerajaan PAS Terengganu.

“Saya perlu angka gaji yang mampu untuk bantu ayah saya menyara adik-adik yang lain. Adik perlukan laptop untuk belajar di universiti. Tiada lagi bantuan one-off untuk kemasukan institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

“Lima tahun yang lepas adalah tahun keperitan. Saya lihat pembangkang (PH- BN) lebih membantu rakyat seperti merekalah kerajaan,” katanya.

Statistik menunjukkan Terengganu adalah antara lima negeri termiskin di Malaysia - gambar fail
Statistik menunjukkan Terengganu adalah antara lima negeri termiskin di Malaysia - gambar fail

Pendapat senada dizahirkan Saiful Arifin, anak kelahiran Wakaf Mempelam.

“Adik saya keciciran tidak dapat sambung belajar di universiti, perniagaan ayah di tepi jalan terpaksa tutup kerana bantuan untuk peniaga kecil telah dimansuhkan PAS Terengganu. Mak lurutkan rantai dan gelang emas untuk teruskan hidup kami sekeluarga.

“Pilihan kami salah dan kami seperti keluarga yang lain di sini. Kami jaga kami, rakyat jaga rakyat dan bukan kerajaan jaga rakyat. Saya yakin keluarga yang anda tinggalkan juga hidup dengan keperitan di sini,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Amaran Banjir Di Terengganu Pahang Mulai Hari Ini Hingga Selasa

2

Politik 8 bulan yang lalu

PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

3

Politik 8 bulan yang lalu

Altimet Penat, Mahu Tidur Selepas Semua Selesai 

4

Politik 8 bulan yang lalu

Amirudin, Isteri Antara Individu Terawal Tunai Tanggungjawab Mengundi

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Semasa 7 jam yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM